Pengurusan Intai Pemain Berpotensi Untuk Sarung Jersi T-Team Musim Depan

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pihak pengurusan pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team hari ini berada di ibu negara untuk berbincang dengan beberapa pemain dari pasukan dan kelab yang dijangka bakal mengisi slot pasukan 'The Titans' untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.

Penolong pengurus pasukan Mohamad Sekanther Hamid berkata pegawai T-Team itu akan berbincang dengan bekas-bekas pemain antaranya dari pasukan PKNS, Felda United dan Perak yang dilihat berpotensi.

"Buat masa ini, kita telah penggil lima pemain untuk berbincang pada hari ini, namun begitu terdapat beberapa orang lagi pemain yang tidak dipanggil juga sanggup datang berbincang," katanya.

Menurutnya perbincangan itu sepatutnya diadakan di Kuala Terengganu minggu lepas, namun terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mohamad Sekanther berkata pemain tersebut terdiri daripada pelbagai posisi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang digugurkan selain ada yang keluar berhijrah ke pasukan lain.

Katanya T-Team memerlukan sekurang-kurangnya 10 pemain tempatan dan tiga pemain import untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dalam menghadapi saingan Liga Super musim depan.

"Sekarang kita cuma ada 15 pemain dan kita perlu berdaftar seramai 28 pemain kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk saingan liga musim baru nanti," katanya.

Selain pemain, beliau berkata T-Team juga sedang mencari jurulatih baru bagi mengendalikan pasukan itu tahun depan.

Beliau berkata hasrat T-Team untuk menggunakan khidmat pemain import kelahiran Singapura mungkin tidak tercapai kerana pemain berkenaan dikatakan masih ingin kekal dengan pasukan kebangsaan negara itu.

Mohamad Sekanther berkata pihaknya berkemungkinan akan mengintai pemain dari Jepun untuk mengisi kuota pemain import Asia, sebagaimana yang dikehendaki FAM.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: T-Team , The Titans , Mohamad Sekanther Hamid

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan