Anggota Keselamatan Ditempatkan di Stadium Darul Makmur Pada Rabu

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Penjualan tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur yang bermula Rabu akan mendapat kawalan daripada anggota keselamatan.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, penglibatan anggota polis itu bagi mengelak sebarang kekecohan.

"Anggota polis akan ditempatkan untuk mengawal lapisan barisan orang ramai yang beratur untuk membeli tiket di stadium berkenaan," katanya.

Beliau berkata, polis akan ditempatkan di Stadium berkenaan sebaik kaunter jualan mula dibuka seawal 10 pagi sehingga selesai.

Sebanyak 30,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang diperuntukkan untuk penyokong Pahang akan dijual di seluruh negeri itu mulai Rabu.

Sebanyak lapan kaunter termasuk satu kaunter khas untuk kanak-kanak yang akan dibuka esok mulai 10 pagi hingga 4 petang di Stadiuim Darul Makmur dengan harga jualan RM40 bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan sebanyak 75,000 tiket perlawanan akhir itu dengan Pahang menentang Kelantan.

Persatuan bola sepak dari kedua-dua negeri itu masing-masing diperuntukkan 30,000 keping tiket.

Sejumlah 15,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam di mana perlawanan berlangsung Ahad ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan