71 Anggota Polis Kawalan Jualan Tiket di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis akan menempatkan seramai 71 anggota bagi mengawal selia jualan tiket di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini esok sempena final Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kawalan akan bermula pukul 12 tengah hari oleh 32 anggota Unit Tempur Ringan, 15 anggota Tugas Am, 15 anggota Trafik, enam anggota Unit Rondaan dan tiga anggota Unit K9.

"Kawalan keselamatan akan berkonsepkan 'safety and security' di mana pembeli tiket akan beratur melalui jalan masuk ke kaunter tiket dan keluar menggunakan laluan sehala yang lain.

"Anggota polis akan ditempatkan mengawal semua lapan barisan orang ramai yang beratur untuk membeli tiket manakala anggota yang lain akan ditugaskan untuk membuat kawalan di sekitar kaunter tiket," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sebanyak 10,000 tiket akan mula dijual pukul 3 petang menerusi lapan kaunter.

Tiket dijual dengan harga RM40 dan jumlah maksimum yang boleh dibeli oleh seorang individu ialah empat keping, katanya.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Ahad ini.

Kawalan lebih ketat terpaksa diadakan berikutan kekecohan yang berlaku sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jumaat lalu di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, akibat sistem jualan tiket yang tidak sistematik. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan