Ribuan Penyokong Kelantan Berasak Dapatkan Tiket Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ribuan penyokong Kelantan sanggup berasak-asak untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan dan Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, malam Jumaat.

Tinjauan Bernama di sekitar perkarangan stadium pagi tadi mendapati berlaku kekecohan berikutan kaedah penjualan tiket tidak sistematik yang dilaksanakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan hanya membuka satu laluan untuk tiga kaunter penjualan tiket.

Tindakan itu menyebabkan penyokong berdepan kesulitan apabila terpaksa menggunakan laluan sama untuk keluar masuk bagi membeli tiket perlawanan itu.

Kekecohan mula berlaku apabila penyokong yang berbaris sejak pukul 6 pagi mula hilang sabar, ekoran kaunter yang sepatutnya dibuka pada pukul 9 pagi, hanya dibuka sejam kemudian.

Lebih memburukkan keadaan, mereka yang berjaya mendapatkan tiket terpaksa memanjat jeriji besi di hadapan kaunter untuk keluar dari stadium kerana tidak mempunyai pilihan berikutan pintu masuk ke stadium tidak dibuka.

Usaha pihak keselamatan untuk menenangkan penyokong tidak berhasil apabila mereka tetap berasak untuk mendapatkan tiket sehingga mengakibatkan pintu sebuah kedai runcit di stadium itu, rosak teruk.

Penyokong Kelantan Wan Mohd. Hazam Wan Abdullah, 30, berkata beliau kecewa dengan kaedah penjualan tiket yang dilaksanakan Kafa hari ini yang jelas menyusahkan orang ramai. "Kafa sepatutnya membuat kajian secara terperinci sebelum membuat keputusan untuk menjual tiket melalui kaunter di pintu masuk ke stadium. Bagi saya jualan tiket akan menjadi lebih teratur jika Kafa membuka pintu masuk ke stadium bagi membolehkan penyokong yang telah mendapatkan tiket keluar dengan selesa bukannya menggunakan satu laluan sahaja.

"Ketiadaan anggota keselamatan sejak awal, memburukkan lagi suasana kerana ada penyokong yang bertindak memotong barisan. Justeru, saya terpaksa memanjat jeriji besi untuk keluar dari kawasan jualan tiket walaupun ia berbahaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Seorang lagi penyokong Kelantan Aizat Haikal Mohamad, 18, dari Lundang berkata beliau mula berbaris seawal 6 pagi dan penantiannya selama lima jam itu berbaloi setelah berjaya membeli empat tiket walaupun terpaksa berasak-asak. "Saya selalu datang beli tiket apabila ada perlawanan, namun keadaan pada hari ini sangat teruk kerana sistem penjualan tiket yang tidak teratur walaupun tiga kaunter dibuka.

"Pada perlawanan sebelum ini, saya biasanya datang beli tiket pada pukul 3 petang, namun hari ini terpaksa berbaris lama kerana sudah menjangka perkara ini akan berlaku," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agong Kafa Azman Ibrahim ketika ditemui di perkarangan stadium mengakui terdapatnya kelemahan dalam sistem penjualan tiket untuk perlawanan ini.

Azman yang turun padang menijau sistem penjualan tiket akhirnya mengambil keputusan membuka pintu masuk ke stadium selaki gus melancarkan proses penjualan tiket. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan