Piala Malaysia: Saya Akan Pastikan ATM Tidak Menang Di Gelanggang Kami - Hodak

Diterbitkan: Jumaat, 25 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berikrar beliau akan memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan mengalahkan Red Warriors di gelanggang sendiri pada pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia Watson di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat.

Jurulatih berusia 55 tahun dari Crotia itu berkata beliau akan mengunci pergerakan ATM, pasukan yang memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan di gelanggang sendiri, dalam perlawanan Liga Super pada 13 April.

“Sejak 25 Mei 2011, kami tidak pernah kalah, melainkan menang atau seri dalam 42 perlawanan di gelanggang sendiri, tapi ATM memecahkan rekod ini apabila mereka mengalahkan kami 3-1 dalam perlawanan itu.

"Saya akan pastikan ini tidak berulang dalam perlawanan malam esok. Kami akan menang atau paling tidak pun seri dalam perlawanan kali ini," katanya.

Juara bertahan Kelantan mengalahkan ATM 2-1 dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lepas.

Hodak berkata ATM perlu bersedia menghadapi masalah kerana pemain pertahanan Kelantan Obinna Nwaneri diberi tugas mengekang pergerakan penyerang mereka Marlon Alex James.

“Di samping itu, penyokong kami di stadium ini juga akan memberi semangat kepada pemain Kelantan untuk memberi yang terbaik dalam perlawanan itu," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya berkata kemenangan pasukannya 2-1 terhadap ATM dalam perlawanan separuh akhir pertama tidak meletakkan mereka dalam kedudukan selesa.

Katanya ini kerana ATM adalah pasukan kuat dan mempunyai banyak pemain berbakat.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan