Mohd Azraai Sah Tinggalkan Skuad Liga Super Perak

Diterbitkan: Khamis, 24 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah sah meninggalkan pasukan Liga Super Perak selepas menandatangani surat persetujuan pelepasan kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) pada Rabu.

"Perasaan saya cukup lega dan begitu seronok apabila segala kemelut telah selesai dengan baik.

"Kita ini orang timur, orang jemput kita cara elok dan kita keluar juga dengan cara elok. Tidak perlu berbalah, saya profesional dan rezeki ada di mana-mana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima surat persetujuan daripada Pegawai Operasi Liga Malaysia PAFA, Idzham Firdaus Jamaluddin Sufli di pejabat FAFA di sini.

Ketika ditanya haluannya selepas ini, katanya beliau tidak mempunyai sebarang perancangan namun tidak menafikan telah menerima tawaran daripada beberapa pasukan untuk musim depan.

"Seperti saya katakan sebelum ini, saya ingin berehat dahulu. Tiada apa yang perlu dikejarkan. Dalam masa berehat ini, sekiranya ada tawaran saya sedia pertimbangkan. Memang ada pasukan yang membuat tawaran tetapi belum sampai masa yang sesuai untuk diberitahu," katanya.

Mengulas mengenai tindakannya yang mahu menamatkan kontrak lebih awal, Mohd Azraai berkata ia adalah selepas badan itu mempunyai perancangannya sendiri pada musim depan dan beliau menerima apa yang dicadangkan pihak berkenaan.

"Kita tidak boleh ada dua nakhoda dalam satu kapal, biasalah dalam dunia bola sepak. Saya ke Perak untuk memikul tugas sebagai ketua jurulatih dan saya yakin dengan kemampuan saya. Bagaimanapun apabila semuanya berlaku tidak seperti dirancangkan, malang sekali. Ini perkara biasa bagi jurulatih profesional," katanya.

Sementara itu, Presiden PAFA Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ketika dihubungi berkata beliau belum melihat surat persetujuan yang telah ditandatangani Mohd Azraai.

"Saya belum tengok lagi surat persetujuan itu, jika dia (Mohd Azraai) bersetuju dengan terma-terma persefahaman bersama yang terkandung dalam surat berkenaan PAFA akan keluarkan surat pelepasan rasmi," katanya yang menganggap isu penamatan kontrak Mohd Azraai kini selesai.

Isnin lepas, Zainol membuat kenyataan menghormati keputusan Mohd Azraai yang mahu meninggalkan Perak namun PAFA belum lagi membuat keputusan bagi persetujuan bersama berhubung penamatan kontrak itu yang sepatutnya berakhir Oktober tahun depan.

Isnin lepas, akhbar melaporkan Mohd Azraai memilih untuk menamatkan kontrak dengan PAFA selepas badan itu memiliki perancangan baharu dalam menghadapi kancah Liga Malaysia musim depan.

Keputusan itu katanya bukan disebabkan rasa kecewa dengan tindakan PAFA yang menggantung tugasnya serta pegawai yang lain selepas mengesyaki berlaku unsur sabotaj dan rasuah baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan