Skuad Harimau Malaya Dibelenggu Masalah Kecederaan

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal terus dibelenggu kegelisahan dalam persiapan menghadapi Bahrain pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 lawan bulan depan, apabila dua tonggak Amiridzwan Taj Tajudin dan S.Kunalan mengalami kecederaan.

Kedua-dua pemain berkenaan yang diturunkan dalam kesebelasan utama ketika Malaysia terikat 1-1 menentang Bahrain pada pusingan kelayakan Piala Asia di Shah Alam, 15 Okt lepas, disahkan cedera ketika latihan petang Selasa.

Rajagobal berkata Amiridzwan Taj mengalami kecederaan ligamen kolateral medial (MCL) manakala Kunalan cedera pangkal peha ketika sesi latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, semalam.

"Saya harap Amiridzwan Taj akan pulih secepat mungkin. Kita memerlukan Taj kerana (tonggak pertahanan) Fadhli Shas belum pulih sepenuhnya. Pada masa ini, mereka dinasihatkan supaya tidak turun menjalani latihan.

"Apa pun, sebagai jurulatih, saya perlu meletakkan kepercayaan kepada pemain lain (jika kedua-dua berkenaan belum pulih sepenuhnya)," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM Rabu.

Dalam pada itu, Rajagobal berkata beliau mungkin memanggil pemain pertahanan Pahang, Mohd Razman Roslan bagi menggantikan tempat ketua pasukan Selangor PKNS FC, Mohd Helmi Remeli yang gagal melapor diri untuk sesi latihan.

"Saya tidak dapat menghubunginya...kita akan hantar surat kepada kelabnya untuk mengetahui keadaan sebenar Mohd Helmi," katanya.

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan kempen kelayakan dengan bertandang ke Riffa untuk menentang Bahrain sekali lagi pada 15 Nov, Qatar di Shah Alam (19 Nov) dan Yaman (5 Mac 2014).

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan