Buku Terbaru Sir Alex Ferguson Telah Cetuskan Kontroversi Baru

Diterbitkan: Rabu, 23 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alex Ferguson. Foto AFP
Alex Ferguson. Foto AFP

LONDON: Buku autobiografi terbaru bekas Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson seperti yang dijangka telah mencetuskan kontroversi baru apabila beliau mengkritik hampir kebanyakkan pemain terkemuka kelab itu termasuklah bekas kapten Roy Keane dan David Beckham.

Ferguson,71, yang bersara sebaik sahaja berjaya merangkul kejuaraan liga buat United untuk kali yang ke-13 di penghujung musim lalu selepas 26 tahun mengemudi skuad tersebut bukan sahaja berterus terang di dalam buku terbarunya itu malah mendedahkan pelbagai karenah pemain-pemain bintang dan ternamanya.

Bukunya itu yang berjudul 'Alex Ferguson: My Autobiography', telah mula diedarkan di kedai-kedai buku pada Khamis dan mencuri perhatian ramai khususnya media massa.

Berikut adalah sebahagian daripada petikan kontroversi yang terkandung di dalam bukunya itu;

Mengenai David Beckham:

Ferguson menulis yang dia menganggap Beckham seperti anaknya sendiri tetapi hubungannya dengan bekas pemain antarabangsa England itu menjadi masam sebaik sahaja dia dapati Beckham mula mencuri perhatian media ekoran percintaannya dengan anggota kumpulan Spice Girl, Victoria.

Kemuncak kepada hubungan yang tegang itu ialah selepas perlawanan pusingan kelima Piala FA yang menyaksikan mereka tewas kepada Arsenal pada 2003.

Di bilik persalinan, Ferguson telah menimbulkan tentang ketidakupayaan Beckham mengekang kemaraan pemain sayap Arsenal.

Ferguson memberitahu Beckham yang dia telah hilang fokus terhadap permainannya dan telah mengecewakan pasukannya.

"Dia berada lebih kurang 12 kaki daripada saya. David telah mengeluarkan kata-kata sumpah seranah terhadap saya. Lalu saya bergerak ke arahnya dan ketika itu saya telah menyepak but salah seorang pemain yang berada di hadapan saya.

"But itu melayang dan betul-betul mengenai di atas keningnya. Dia berang lalu bangun untuk menuju ke arah saya tetapi dihalang oleh pemain-pemain yang lain.

"Ketika itu saya menjerit, awak duduk...awak telah mengecewakan seluruh pasukan awak. Awak boleh bercakap apa yang awak hendak cakap sebanyak mana yang awak hendak tapi awak telah mengecewakan pasukan awak," kata Ferguson di dalam bukunya itu.

Menurut Ferguson lagi pada keesokan harinya dia telah memanggil Beckham dan menunjukkan rakaman video di mana Beckham telah melakukan kesilapan tetapi pemain itu enggan menerima kritikan terhadap permainannya.

"Selepas itu, kisah mengenai perbalahan dia dengan Beckham telah tersiar di dalam seluruh dada-dada akhbar Britain. Pada saat itu, saya memberitahu lembaga pengarah United yang saya terpaksa menjual Beckham kepada kelab lain," cerita Ferguson lagi.

Di sebalik itu semua bagaimanapun Ferguson tetap mengakui yang Beckham adalah pemain yang hebat yang pernah dimiliki oleh United dan jika tidak kerana dunia glamor yang dikejarnya, pemain itu tidak syak lagi akan menjadi lagenda termasyhur kelab tersebut.

Mengenai Kapten United, Roy Keane:

Mungkin kritikan paling dahsyat dan pedas dalam keseluruhan buku terbaru Ferguson itu diperuntukkan untuk membalun bekas kaptennya Roy Keane.

"Bahagian badan Roy Keane yang paling keras ialah lidahnya. Dia memiliki lidah yang paling berbisa dan diluar kawalan sesiapa pun.

"Dia boleh melemahkan manusia yang paling yakin dalam dunia ini dalam masa sesaat sahaja. Malah dia seorang yang menakutkan, dan bengis.

"Apabila dia mula bercakap kita dapat melihat matanya semakin mengecil dan saat itu amat-amat menakutkan malah saya sendiri berasa takut dengan kebengisannya walaupun saya dari Glasgow (merujuk tempat kelahirannya di Scotland)," kata Ferguson.

Menurut Ferguson lagi, saat keretakan hubungannya dengan Keane bermula apabila pemain itu menyalahkan rakan-rakan sepasukannya dan mengkritik mereka secara terbuka dalam satu temuramah dengan stesen televisyen kelab itu.

Temuramah itu berjaya dihalang oleh Ferguson daripada keudara.

Ferguson berkata Keane telah cuba 'mengambilalih' peranan seorang pengurus dan apabila dia cuba dihalang daripada bertindak demikian, dia menjadi bengis dan lidahnya mula mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan celupar.

Kata Ferguson jika dia tidak menamatkan kontrak Keane, situasi di bilik persalinan dan kelab itu akan menjadi bertambah tegang.

Ferguson percaya, sikap Keane mula berubah apabila dia dapati cengkamannya di atas padang dan juga sebagai perancang di bahagian tengah pasukan itu mula terjejas dan menurun.

Dan dalam reaksi segera Keane di atas kritikan Ferguson itu, dia berkata; "Dia (Ferguson) tidak mengenali dan memahami apa itu makna kesetiaan para pemain terhadapnya dan juga kelab ini. Para pemain telah bermain bermati-matinya untuknya dan juga untuk kelab. Mereka membawa pulang trofi kepadanya setiap tahun tetapi dia masih boleh mengkritik setiap seorang pemain-pemainnya. Bayangkan kalau mereka (para pemain) gagal membawa pulang sebarang trofi untuk kelab itu..."

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan