Carroll Harap Dapat Beraksi Pada Piala Dunia 2014

Diterbitkan: Selasa, 22 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carroll berharap dapat kembali menyarung jersi England.
Carroll berharap dapat kembali menyarung jersi England.

ANDY Carroll mahu kecederaan tumit yang dialami sembuh secepat mungkin bagi merebut tempat dalam skuad England ke Piala Dunia di Brazil tahun depan.

Pemain berusia 24 tahun itu meledak dua gol dalam sembilan penampilan bersama England dan kini gigih menjalani pemulihan di Klinik Move to Cure di Antwerp, Belgium selepas mengalami kecederaan serius di tumit pada aksi akhir musim lalu.

Carroll yang turut menyaksikan perlawanan kelabnnya Fulham beraksi ketika tewas 1-3 kepada Manchester City Sabtu lalu yakin dia akan sembuh secepat mungkin.

"Saya hanya perlu sembuh dan bermain dengan West Ham serta menjaringkan beberapa gol, seterusnya kembali bersama England," jelasnya yang kali terakhir beraksi dengan England ketika menentang San Marino pada Oktober tahun lalu.

"Buat masa sekarang saya berada di Belgium dan akan memulakan latihan dalam tempoh terdekat.

"Saya melakukan pemulihan dengan baik di sini dan gembira dengan apa yang berlaku.

"Saya bekerja keras setiap hari dan jika saya terus berusa, ia tidak akan mengambil masa lama untuk sembuh".

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan