Rekod Cemerlang Abu Bakar Diyakini Terajui Skuad Perak Musim Depan

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) pada Isnin mengumumkan bekas pemain negeri Abu Bakar Fadzim, 43, sebagai ketua jurulatih skuad Liga Super musim depan dan yakin dengan pencapaian cemerlangnya sepanjang lapan tahun bersama-sama pasukan Piala Presiden negeri itu.

Presiden Pafa Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata sudah sampai masanya Pafa membuat perubahan dengan penuh keberanian memberikan tanggungjawab bagi menggalas cabaran bola sepak Perak kepada anak tempatan yang mempunyai rekod cemerlang.

"Sebaik sahaja dilantik, saya meminta beliau supaya segera mengenal pasti pemain-pemain yang diperlukan untuk mewakili skuad Perak musim depan, termasuk pemain import," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Dengan pengumuman itu Abu Bakar yang berpengalaman sebagai jentera posisi tengah dan pertahanan skuad Seladang pada tahun 1991 hingga 2003 akan menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah yang mengumumkan untuk menamatkan kontrak dengan Perak, Ahad.

Abu Bakar ketika mengulas pelantikan itu berkata beliau terkejut dengan keberanian Pafa untuk membuka peluang kepadanya bagi mengharungi kancah bola sepak negara musim depan.

"Saya menerima tawaran ini kerana merasakan inilah peluang terbaik untuk saya merasai cabaran dalam saingan bola sepak di peringkat yang lebih tinggi. Demi membimbing Perak, saya menolak tawaran daripada beberapa pasukan Liga Super dan Liga Perdana yang lain," katanya.

Pemain yang mempunyai semangat kemenangan dan menaikkan prestasi skuad Perak sudah pasti akan menjadi tumpuan dalam memilih pemain, katanya.

Beliau membimbing anak buahnya sehingga menjulang Piala Presiden, Piala Emas Raja-Raja dan selain dinobatkan sebagai naib juara Sukan Malaysia tahun lepas.

Skuad bimbingannya turut menjadi naib juara Piala Presiden tahun ini selepas tumpas 1-2 kepada Kelantan dalam saingan akhir pada 12 Oktber lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan