Rajagobal Tuntut Pemain Harimau Malaya Tidak Ambil Mudah Menentang Kuwait

Diterbitkan: Isnin, 21 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menuntut para pemain skuad Harimau Malaya supaya tidak mengambil mudah aksi persahabatan antarabangsa bertaraf 'A' menentang Kuwait di negara berkenaan, 8 November ini.

Pengendali berusia 57 tahun itu berkata, walaupun perlawanan berkenaan sekadar aksi pemanas badan, beliau mahu pemain skuad kendaliannya untuk memberikan persembahan terbaik sebelum berdepan ujian getir menentang Bahrain pada kelayakan Piala Asia 2015 di tempat lawan, 15 November ini.

"Saya mahu lihat konsistensi (persembahan) yang ditunjukkan oleh para pemain pada aksi menentang Kuwait sebelum kita berdepan dengan Bahrain (pada kelayakan Piala Asia).

"Melalui aksi menentang Kuwait nanti, saya mahu melihat sejauh mana corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan dari negara Timur Tengah," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pusat pertama skuad berkenaan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, Kelana Jaya, di sini, Isnin.

Dua daripada 20 pemain skuad utama gagal melaporkan diri untuk sesi latihan berkenaan iaitu kapten kelab Selangor PKNS FC, Mohd Helmi Remeli dan pemain tengah Selangor, K. Gurusamy.

"Gurusamy bakal melaporkan diri kepada saya malam ini kerana beliau perlu menghadiri satu upacara keagamaan.

"Saya bagaimanapun gagal menghubungi Mohd Helmi. Saya difahamkan beliau (Mohd Helmi) tidak berapa sihat. Kalau tidak, saya akan memanggil (pertahanan pasukan Pahang), Mohd Razman Roslan dari skuad simpanan untuk menggantikan tempat beliau," katanya.

Mengulas mengenai kecederaan yang melanda beberapa pemain skuad Harimau Malaya sebelum ini termasuk dua pemain pertahanan, Mahalli Jasuli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas, Rajagobal berkata beliau perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor pasukan terlebih dahulu.

"Saya akan membuat penilaian selepas beberapa pemain berkenaan menjalani sesi latihan (dalam beberapa hari ini). Walaupun Mahalli ada dalam skuad simpanan untuk aksi menentang Bahrain, saya fikir beliau seharusnya pulih sepenuhnya dan saya akan pantau keadaannya," katanya.

Selepas menentang Bahrain, skuad Harimau Malaya dijadualkan melayan kunjungan Qatar pada perlawanan kelima kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 19 November ini.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan