Rajagobal Senarai 20 Pemain Bagi Aksi Persahabatan, Kelayakan Piala Asia 2015

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal telah menyenaraikan 20 pemain untuk mengikuti latihan pusat sebagai persiapan menghadapi perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2015.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata kesemua 20 pemain itu perlu melaporkan diri kepada Rajagobal di Wisma FAM, Isnin ini untuk sesi latihan pusat berkenaan.

Kenyataan itu turut menyebut lapan pemain yang terlibat dengan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia perlu melaporkan diri pada 26 atau 27 Oktober ini manakala pemain yang beraksi dengan pasukan yang layak ke final Piala Malaysia perlu melaporkan diri pada 4 November.

Lapan pemain itu ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Farisham Ismail (kesemua pemain Kelantan), Azamuddin Mohd Akil (Pahang), Mohd Hairol Mokhtar (Sarawak) serta Mohd Fitri Omar dan K. Reuben, kedua-dua daripada pasukan ATM.

Rajagobal turut menyenaraikan 13 pemain dalam skuad simpanan bagi menggantikan mana-mana 20 pemain yang mengalami kecederaan.

Skuad Harimau Malaya bakal menentang Kuwait pada perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf 'A', 8 Nov ini di negara berkenaan sebelum berdepan Bahrain pada perlawanan keempat, kumpulan D, kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional Bahrain di Manama, seminggu kemudian.

Malaysia bakal meneruskan aksi kelayakan menentang Qatar di Stadium Shah Alam pada 19 November ini.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan kalah sekali.

Senarai 20 pelatih kebangsaan: - Mohd Khyrill Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Farizal Marlias (Perak); Mohd Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, K.Gurusamy, S. Kunalan (Selangor); Mohd Nazrin Mohd Nawi (Negeri Sembilan); Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim (Johor Darul Takzim); Amirizdwan Taj Tajudin (ATM), Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Helmi Remeli, Mohd Nizad Ayub, Mohd Remezey Che Ros (Selangor PKNS FC), Mohd Arif Ismail (Sime Darby FC), Mohd Fadhli Mohd Shas, Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A). Senarai pemain skuad simpanan: - Abdul Hadi Hamid (Kedah); S. Sivanesan (Negeri Sembilan); Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan, Mohd Razman Roslan, Mohd Saiful Nizam Miswan (Pahang); Muhammad Zubir Azmi (Terengganu); Bobby Gonzales, Sani Anuar Kamsani (Sarawak); Affize Faisal Mamat, D. Christie Jayaseelan (ATM); Mohd Irfan Fazail, A. Thamil Arasu (Harimau Muda A). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan