Malaysia Naik Satu Anak Tangga Dalam Ranking Terbaharu FIFA

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 yang dicatatkan oleh skuad Harimau Malaya menentang Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015, Selasa lepas, telah mengubah kedudukan mereka dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal naik satu anak tangga ke kedudukan ke-160 berbanding kedudukan bulan lepas.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163), Mei (161) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun dan Julai serta Ogos (162).

Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Bermuda (161), Bangladesh (162), Nepal (165), Sri Lanka (166) dan Pakistan (168).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia bagaimanapun turun satu anak tangga ke kedudukan keenam di belakang Filipina (137), Thailand (143), Myanmar (149), Vietnam (151) dan Singapura (155).

Di peringkat Asia, Malaysia turut mengalami penurunan satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara. Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,513 mata.

Jerman yang berada di tangga ketiga sebelum ini, merampas semula tangga kedua daripada Argentina dengan pungutan 1,311 mata berikutan persembahan cemerlang mereka dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.

Negara Amerika Selatan itu pula menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 1,266 mata. Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan