Januzaj Ucap Selamat Hari Raya Aidiladha Kepada Peminat-Peminat Muslim

Diterbitkan: Khamis, 17 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adnan Januzaj
Adnan Januzaj

BINTANG muda baharu Manchester United, Adnan Januzaj menjadi sebutan sejak akhir-akhir, bukan sahaja kerana mencatat jaringan dua gol dalam tiga penampilannya, tetapi menjadi rebutan empat negara untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

Januzaj dilahirkan 5 Februari 1995 memiliki latar belakang yang menarik dengan mempunyai kaitan dengan empat negara.

Dilahirkan di Brussel Belgium, kedua ibubapa Januzaj berasal dari Kosovo-Albania memulakan karier bola sepaknnya bersama kelab remaja di Brussel sebelum ke Anderlecht.

Pemain sayap berusia 18 tahun ini mula menyarung jersi kelab gergasi bola sepak Inggeris musim ini dan tidak menunggu lama untuk mencatat rekod tersendiri.

Biarpun telah berpindah ke England, hubungan Januzaj dengan ahli keluarganya yang lain di Kosovo masih lagi kuat.

Januzaj mempunyai sebuah kampung di Kosovo, Istog dan merupakan penganut agama Islam. Bintang muda yang semakin bersinar ini seorang yang merendah diri dan turut menyambut Hari Raya Aidiladha Selasa lalu.

Dalam masa yang sama, Januzaj turut mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua peminat- peminat muslimnya' di laman Facebook miliknya.

Kejayaan Janujaz ini adalah sikap tegas bapanya, Abedin yang sentiasa mahukan terbaik dalam setiap permainan yang dia sertai.

Latar belakang dan pengalaman keluarganya yang menghadapi saat sukar ketika di Kosovo sebelum ini mempengaruhi sikap cekal Januzaj.

Ketika berdepan dengan zaman perang dengan Serbia, Abedin meninggalkan Kosovo bagi mengelak dipaksa untuk menyertai pasukan askar Serbia, yang didominasikan oleh askar Yugoslav di Bosnia.

Namun itu tidak menjadikan alasan untuk Januzaj mengenali kampung halaman bapanya di Istog dan setiap kali musim cuti, dia akan kembali ke sana bertemu dengan saudara maranya.

Januzaj juga turut bermain bola bersama pakcik dan sepupunya.

Bapanya merupakan anak sulung daripada enam adik beradik dan bertanggungjawab mengajar adik-adiknya selepas bapanya, Idriz (datuk Januzaj) meninggal dunia akibat kanser.

Biarpun terpisah dengan adik-beradiknya yaang lain, Abedin tetap menghubungi mereka serta turut menghantarkan wang dan selepas itu turut berpindah ke Belgium.

Ketika di Belgium Abedin dan Ganimete Sadikaj (emak Januzaj) bertemu dan berkahwin.

Berikutan latar belakang dengan beberapa negara, Januzaj pastinya menjadi rebutan bagi negara Belgium, Albania, Kosovo, Turkey atau England.

Namun minatnya lebih cenderung untuk beraksi bersama England memandangkan Kosovo tidak tersenarai dalam Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Persatuan Bola Sepak Kosovo berkata, sebolehnya mahu Januzaj beraksi dengan Kosovo.

"Kami tidak boleh menghalang Januzaj bermain dengan negara lain. Tetapi kami tetap memberi sokongan kepada FIFA, dan sekiranya kami mendapat pengiktirafan daripada mereka, sudah tentu pemain seperti Adnan akan bermain dengan Kosovo," jelas kenyataan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan