Kelayakan Piala Asia 2015: Malaysia Ikat Bahrain Seri 1-1

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pasukan Malaysia berjaya mengikat seri 1-1 ke atas Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, Selasa.

Pada aksi permainan, skuad Harimau Malaya diasak pasukan Bahrain 20 minit pertama sebelum pemain-pemain negara kembali cuba mengatur rentak permainan.

Sentuhan pertama pasukan Datuk K Rajagobal sering dirampas dan gagal memegang bola dengan lebih lama.

Minit ke-20 cubaan Amri Yahya dari jarak jauh tepat ke pintu gol lawan, namun penjaga gol Bahrain, Sayed Mohamed Jaafar sudah siap sedia menangkap tendangan itu.

Skuad Bahrain yang dikendalikan oleh jurulatih dari England, Anthony Hudson yang berusia 32 tahun mendapat cubaan pertama ke arah gol negara pada minit ke-28 melalui sepakan percuma Saleh Abd Hameed.

Sepuluh minit sebelum babak pertama tamat, skuad negara kembali diasak, namun dalam masa sama peluang kapten pasukan, Safiq Rahim untuk menjaringkan gol tidak menjadi pada minit ke-43 selepas mempamerkan tendangan yang lemah tepat ke Sayed.

Minit ke-45, Abdullah Salem Aman memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama perlawanan.

Bahrain merupakan pemenang tempat ketiga Piala Asia 2011 kini berada di ranking ke-16 Asia, manakala Malaysia berada di tangga ke-31.

Bersambung ke babak kedua, kedua-dua pasukan cuba mengatur serangan dengan percaturan yang lebih baik, cuba mengasak ke arah pintu gol.

Minit ke-70, penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyamakan kedudukan hasil hantaran Safiq sebelum melakukan tendangan lencong ke arah Sayed.

Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Malaysia berada dalam Kumpulan D pusingan kelayakan ini bersama Yemen, Qatar serta Bahrain.

Pada aksi sebelum ini, Malaysia mencatat kemenangan 2-1 ke atasYeman, manakala tewas 2-0 kepada Qatar.

Malaysia akan bertemu bertandang ke Bahrain bagi perlawanan kedua pada 15 November ini sebelum bertemu Qatar (19 November) dan 5 Mac di Yemen.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia beraksi pada Piala Asia ialah pada tahun 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand, dan Vietnam.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan