England, Sepanyol Tempah Tiket Ke Piala Dunia Brazil 2014

Diterbitkan: Rabu, 16 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain-pemain dari pasukan Bosnia meraikan kemenangan selepas menewaskan Lithuania dalam saingan kelayakan kumpulan G di Kaunas, Lithuania, awal pagi Rabu. Bosnia mencatat sejarah tersenarai buat pertama kali dalam saingan Piala Dunia. -foto AP
Pemain-pemain dari pasukan Bosnia meraikan kemenangan selepas menewaskan Lithuania dalam saingan kelayakan kumpulan G di Kaunas, Lithuania, awal pagi Rabu. Bosnia mencatat sejarah tersenarai buat pertama kali dalam saingan Piala Dunia. -foto AP

SAINGAN merebut tempat ke perlawanan Piala Dunia 2014 menyaksikan empat lagi pasukan dari Eropah menempah tiket ke perlawanan yang akan berlangsung di Brazil tahun hadapan.

Empat negara berkenaan ialah England, Sepanyol, Bosnia dan Rusia yang masing-masing menang dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi Rabu.

England layak apabila menewaskan Poland 2-0 dalam saingan kumpulan H manakala juara bertahan, Sepanyol menewaskan Georgia 2-0 dalam saingan kumpulan I.

Bosnia pula menang 1-0 ke atas Lithuania dalam kumpulan G, dan Rusia yang seri 1-1 dengan Azerbaijan dalam kumpulan F tetap layak berdasarkan kelebihan mata.

Kemenangan Bosnia sekali gus telah mencatat sejarah kerana pertama kali layak ke saingan Piala Dunia.

Ini bermakna, keempat-empat pasukan ini akan bersama-sama dengan pasukan Itali dan Belanda yang menjadi dua pasukan dari Eropah yang pertama berjaya melayakkan diri ke Brazil.

Dua lagi pasukan yang layak ialah Belgium, Jerman dan Switzerland, menjadikan sembilan pasukan dari Eropah telah menempah tiket untuk menghadapi saingan Piala Dunia 2014.

Bagi pasukan dari Asia, empat negara telah berjaya layak ke Brazil secara automatik iaitu Australia, Iran, Jepun dan Korea Selatan setelah menduduki dua tempat teratas.

Bagi zon Amerika Selatan, Honduras, Ecuador dan Chile layak ke Brazil apabila masing-masing menang dalam perlawanan yang berlangsung awal Rabu.

Ketiga-tiga pasukan ini akan bersama-sama Costa Rica dan Amerika Syarikat yang berada dalam zon Amerika Utara.

Selain itu, Argentina, Brazil (tuan rumah) dan Colombia juga telah layak.

Pasukan yang menghabiskan saingan sembilan kumpulan Eropah dengan menduduki tangga teratas secara automatik layak ke Brazil.

Lapan pasukan terbaik yang menghuni tangga kedua setiap kumpulan akan bersaing dalam playoff, November ini.

Setakat ini pasukan yang akan bermain dalam perlawanan 'palyoff' ialah Uruguay, Jordan, Mexico, New Zealand, Perancis, Greece, Ukraine, Romania, Iceland, Croatia dan Sweden.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia 2014 , England , Sepanyol , Bosnia , Rusia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan