Kim Swee Terima Gelaran Datuk, Gesa Pemain Kekal Fokus

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri) Datuk Ong Kim Swee, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Ramli Sarip bersama anugerah pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang diterima pada Ahad.
(Dari kiri) Datuk Ong Kim Swee, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Ramli Sarip bersama anugerah pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang diterima pada Ahad.

MELAKA: Pemain Harimau Muda A diminta supaya terus fokus dalam usaha mempertahankan pingat emas di Sukan SEA Myanmar pada Disember ini.

Pengendalinya Datuk Ong Kim Swee berkata para pemain perlu memanfaatkan sepenuhnya baki tempoh kira-kira satu bulan setengah ini bagi meningkatkan moral dan tahap fizikal masing-masing.

Mengulas mengenai persiapan skuadnya, beliau berkata sesi latihan masih berjalan seperti biasa dan para pemain bakal melalui perlawanan persahabatan di Jordan pada awal November.

"Persiapan setakat ini amat baik, namun jurang masa yang tinggal agak singkat menyebabkan semua pemain perlu kekal fokus kerana Sukan SEA merupakan sasaran utama kita tahun ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena sambutan ulang tahun hari jadi Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob yang ke-75 hari ini.

Kim Swee merupakan antara 79 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau yang merupakan anak jati Melaka melahirkan rasa terharu dan gembira dengan pengurniaan tersebut.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan