Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Bahrain

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya tidak gentar berdepan Bahrain pada perlawanan peringkat Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, Selasa malam.

Pengendali Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal berkata skuad negara perlu menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan mempamer perlawanan yang kompetitif untuk mengetepikan Bahrain bagi mengutip tiga mata penuh.

"Saya telah ingatkan semua pemain kita supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh serta melakukan persembahan terbaik pada perlawanan nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus sempena Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Bahrain di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Isnin.

Beliau berkata perlawanan ini penting buat Malaysia kerana kemenangan ke atas Bahrain membolehkan skuad Harimau Malaya layak ke saingan Piala Asia 2015 di Australia.

Malaysia kini menduduki tangga keempat dalam Kumpulan D dengan kutipan tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan iaitu tewas 0-2 kepada Qatar dan menang 2-1 ke atas Yaman.

Bahrain pula mengungguli Kumpulan D dengan kutipan enam mata selepas mencatat dua kemenangan apabila menewaskan Yaman 2-0 dan Qatar 1-0.

Malaysia dijadual bertemu Bahrain pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional, Manama pada 5 Nov depan.

Sementara itu, Ketua Pasukan Harimau Malaya Safiq Rahim berkata Bahrain merupakan pasukan yang kuat namun skuad negara akan berusaha mencari kemenangan.

"Kita harap mampu untuk melakukan persembahan terbaik dan dapat mengatasi Bahrain," katanya.

Jurulatih Bahrain Anthony Hudson pula berkata pasukannya perlu fokus untuk menang ketika menentang Malaysia.

"Kami tidak mahu memandang rendah keupayaan Malaysia kerana mereka memiliki pemain yang bagus seperti Safee Sali... kami perlu berhati-hati dalam perlawanan ini," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan