Tiada Unsur Sabotaj Serius Dalam Skuad Liga Super - Pafa

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) pada Jumaat mendapati tiada elemen sabotaj yang serius dalam skuad Liga Super sehingga mempengaruhi prestasi perlawanan saingan Piala Malaysia baru-baru ini.

Presiden Pafa Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata ia berdasarkan pembentangan laporan Jawatankuasa Tugas Khas diketuai Datuk Ismail Saffian hari ini yang telah memanggil enam pegawai dan 11 pemain sepanjang dua minggu siasatan dijalankan.

"Hasil laporan jawatankuasa ini , Pafa dapati tiada unsur sabotaj yang serius, maknanya unsur sabotaj itu tidak ketara, jadi Pafa membuat keputusan apa yang berlaku kepada pasukan Perak dalam tiga perlawanan terakhir saingan Piala Malaysia adalah disebabkan faktor lain yang mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai sabotaj," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berharap dengan penjelasan itu ia akan memulih kembali imej pasukan Liga Super di samping memberi keyakinan kepada pegawai, petugas skuad dan pemain untuk meneruskan tanggungjawab mereka kepada pasukan.

Penggantungan tugas yang dikenakan terhadap semua pegawai dan petugas pasukan juga terbatal serta-merta, katanya.

"Kita tidak boleh kata tidak ada langsung elemen sabotaj, tapi disebabkan sikit sangat, jadi Pafa ambil keputusan bahawa bukan elemen sabotaj yang mempengaruhi keputusan perlawanan. Saya tidak kata tiada langsung ia tidak logik, tapi ia agak kabur," katanya.

Zainol Fadzi berkata bagaimanapun elemen rasuah yang disyaki pula masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis kerana jawatankuasa berkenaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyabitkan terhadap mana-mana kesalahan berkenaan.

"Kita masih tunggu laporan dan keputusan pihak berkuasa...kalau tiada sebarang elemen sabotaj dan rasuah, seluruh pasukan ini bersih dan terbukti mereka mempunyai integriti, secara tidak langsung kita membantu menaikkan nilai mereka di pasaran," katanya.

Penjelasan hasil daripada laporan tersebut tidak menjejaskan siasatan SPRM memandangkan ia tidak berkaitan elemen rasuah, katanya.

Mengenai dakwaan kononnya hampir 80 peratus pemain skuad itu akan meninggalkan Perak, beliau berkata apa yang berlaku terhadap pasukan telah disensasikan.

"Saya difahamkan ada beberapa pemain yang minta dilepaskan, lagipun kontrak mereka sampai hujung tahun ini sahaja. Jadi yang itu, Pafa tiada masalah, mana-mana pemain boleh, tapi mereka yang ada kontrak sehingga tahun depan ada syarat serta peraturan yang perlu dipatuhi," katanya.

Terdahulu, Zainol Fadzi mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pafa hampir sejam berhubung isu berkenaan di pejabat Pafa di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park di sini.

23 Sept lepas, Pafa menggantung kesemua pegawai dan petugas pasukan Liga Super negeri itu selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku elemen rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.

Pada perlawanan peringkat Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia, Perak mencatat tiga kekalahan iaitu tewas kepada Kedah 0-1 pada 17 Sept, kalah kepada Lions XII 1-2 (31 Ogos) dan kalah teruk iaitu 1-6 kepada Sarawak (21 Sept), sekali gus gagal ke peringkat suku akhir. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan