Perlawanan ATM-Kelantan Kembali Ke Stadium MPS

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Venue perlawanan separuh akhir pertama kejohanan Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan pada 18 Oktober ini ditukar kembali ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata, pertukaran daripada Stadium Shah Alam ke Stadium MPS adalah atas rayuan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang juga Pengerusi Persatuan Bola Sepak ATM.

"Setelah mengadakan perbincangan mengenai rayuan tersebut, pihak ATM memberikan komitmen untuk pastikan kelancaran perjalanan perlawanan tersebut dan meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan pertukaran venue perlawanan di sini Sabtu.

Afandi berkata, pihaknya bersetuju dengan rayuan ATM itu memandang ATM adalah tuan rumah bagi perlawanan berkenaan dan keputusan terbaru itu akan dimaklumkan kepada pasukan Kelantan.

Pada Isnin lepas, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan berkata, venue perlawanan telah ditukar ke Stadium Shah Alam dari Stadium MPS atas permintaan ATM selepas mengambil kira jumlah penonton dan soal keselamatan.

Stadium MPS mempunyai kapasiti 16,000 penonton manakala Stadium Shah Alam boleh menampung 80,000 penonton. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan