Kelayakan Piala Dunia: England Wajib Menang 2 Baki Perlawanan Untuk Layak

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus skuad kebangsaan bolasepak England, Roy Hodgson menaruh harapan yang besar anak buahnya akan memperolehi enam mata penuh dalam baki dua perlawanan kelayakan yang akan berlangsung awal pagi ini (3 pagi waktu Malaysia) menentang Montenegro dan kemudian menentang Poland dalam perlawanan terakhir mereka Selasa depan.

England sekarang mendahului Kumpulan H dengan 16 mata - menang empat perlawanan dan seri empat tanpa kalah.

Namun begitu, Ukraine menduduki rapat di tangga kedua dengan 15 mata - kurang satu daripada England - dan sebarang keciciran mata dari baki dua perlawanan itu akan menjejaskan kedudukan mereka.

Hanya juara kumpulan sahaja yang akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil tahun depan.

Naib juara kumpulan terpaksa melalui proses perlawanan kalah mati di peringkat "play-off".

Apa yang membimbangkan para pemerhati dan pengkritik ialah, dalam kumpulan yang terdiri daripada Ukraine, Montenegro, Poland, Moldova dan San Marino, pasukan bimbingan Hodgson hanya berjaya menewaskan dua pasukan tercorot iaitu Moldova dan San Marino.

Bagaimanapun kini England tidak mempunyai pilihan melainkan menewaskan Montenegro dan kemudian Poland jika mahu layak secara automatik.

Cuma apa yang memberansangkan sedikit ialah kombinasi barisan serangan England kini disifatkan yang terbaik dalam tempoh sepuluh tahun.

Wayne Rooney, Danny Welbeck, Daniel Sturridge, Jermain Defoe dan Ricky Lambert masing-masing telah meledahkan 30 gol di kalangan mereka sejak musim baru liga bermula berbanding 18 bulan yang lalu apabila pusingan kelayakan ini bermula.

Berdasarkan prestasi semasa, Rooney dan Sturridge dijangka akan diturunkan sebagai gandingan utama di bahagian serangan tetapi Hodgson sentiasa mempunyai opsyen lain menerusi Welbeck dan juga Lambert. Kesemua mereka mampu menjaringkan gol termasuklah Defoe.

Di bahagian tengah, James Milner dijangka akan diturunkan di sebelah kanan di samping Steven Gerrard dan Frank Lampard dan Michael Carrick di sebelah kiri sekaligus meletakkan Jack Wilshere di bangku simpanan.

Di barisan pertahanan, Hodgson sudah mempunyai pilihan tetap iaitu Kayle Walker pemain Tottenham yang mengantikan Ashley Cole yang tercedera, Tim Cahill, Jagielka dan Leighton Baines.

Walaupun bagi penjaga gol ramai yang mendesak Hodgson menguggurkan Joe Hart tetapi penjaga gol Man City itu hanya melepaskan tiga gol sahaja sejak kempen kelayakan Piala Dunia ini bermula.

Adalah tidak adil untuk menguggurkan Hart hanya semata-mata prestasi semasa di peringkat kelab.

Tags / Kata Kunci: Roy Hodgson , England , Kelayakan Piala Dunia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan