Kelayakan AFC Bawah 19: Malaysia Tewas Kepada Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan kebangsaan Bawah 19 (pasukan Harimau Muda C) mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas ditewaskan Jepun 1-5 dalam perlawanan pusingan kelayakan Bawah-19 Kumpulan I Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Jiaxing Sports Centre Stadium di Zhejiang, China, pada Khamis.

Kemenangan kedua yang dilakar anak didik Suzuki Masakazu itu menyaksikan mereka semakin menghampiri tempat ke final selepas membelasah Macau 6-0 dalam perlawanan pembukaan pada Selasa di Pinghu Sports Centre Stadium, Jiaxing, AFC dipetik sebagai berkata dalam laman web mereka, www.the-afc.com.

Pasukan Harimau Muda C di bawah bimbingan Aminuddin Hussin sebaliknya kalah 1-3 kepada China dalam perlawanan pembukaan pada hari sama.

Dalam perlawanan hari ini, pasukan Asia Timur itu memperoleh gol pembukaan menerusi Ochi Yamato pada minit ketiga sebelum menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti Kaneko Shota pada minit ke-24.

Penyerang Muhammad Arif Mohamed Anwar mengurangkan defisit bagi pasukan muda negara menerusi sepakan penalti pada minit ke-38.

Jepun bagaimanapun terus mendahului selepas menambah tiga lagi gol pada separuh kedua menerusi pemain gantian Miyaichi Tsuyoshi (min 77) dan Minamino Takumi (min 79) sebelum ketua pasukan, Miura Genta melengkapkan kemenangan selesa dengan menyumbang gol kelima pada minit ke-86.

Malaysia akan beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka menentang Macau pada Sabtu manakala Jepun akan berdepan pasukan tuan rumah bagi menentukan pemenang Kumpulan I.

Berdasarkan format pusingan kelayakan, pemenang sembilan kumpulan daripada A hingga I dan enam pasukan di tempat kedua terbaik secara automatik layak ke final di Myanmar, tahun depan.

Myanmar telahpun layak selaku negara tuan rumah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan