Poyet Dilantik Pengurus Baharu Sunderland

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Poyet kini dipertanggungjawabkan untuk membantu Sunderland keluar daripada zon tercorot liga.
Poyet kini dipertanggungjawabkan untuk membantu Sunderland keluar daripada zon tercorot liga.

GUS Poyet dilantik sebagai pengurus Sunderland yang baharu selepas menandatangani kontrak selama dua tahun pada Selasa.

Pengurus kelahiran Uruguay itu menggantikan Paolo Di Canio yang dipecat bulan lalu selepas gagal sebarang kemenangan kepada pasukan dan tewas 0-3 kepada West Bromwich Albion.

Bekas pemain tengah kebangsaan itu yang pernah beraksi bersama Chelsea dan Tottenham Hotspur dipecat oleh kelab Liga Kejuaraan, Brighton dan Hove Albion pada Jun kerana masalah disiplin yang tidak didedahkan.

"Kami menilai dari pelbagai sudut setiap calon dan percaya Gus ada rekod yang baik, pengalaman, komitmen dan cita-cita yang tinggi membuatkan dia pengurus sesuai untuk membawa kelab maju ke hadapan," kata Pengerusi Sunderland, Ellis Short.

Poyet, 45, kini menggalas tanggungjawab besar apabila beliau diamanahkan untuk membantu Sunderland keluar dari zon tercorot liga selepas hanya memperoleh satu mata daripada tujuh perlawanan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan