Liga Juara-Juara Eropah: Bayern Tumpaskan City, United Seri

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robben melengkapkan gol ketiga Bayern.
Robben melengkapkan gol ketiga Bayern.

LONDON: Penyandang juara Bayern Munich memberi amaran awal yang mereka mampu mempertahankan kejuaraan dalam Liga Juara-Juara Eropah apabila menumpaskan bekas juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 3-1 dalam perlawanan peringkat Kumpulan D awal pagi Khamis.

Bayern yang kini dilatih oleh bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola memperolehi jaringan gol menerusi Franck Ribery, Thomas Mueller dan Arjen Robben.

Penyerang antarabangsa Sepanyol, Alvaro Negredo kemudiannya menjaringkan gol ehsan City untuk mengurangkan defisit kekalahan.

Sementara itu Cristiano Ronaldo meneruskan persembahan sensasinya musim ini dengan menjaringkan dua gol untuk membolehkan Real Madrid menumpaskan FC Copenhagen 4-0.

Juara Perancis, Paris St Germain juga bermain cemerlang menumpaskan juara Portugal Benfica 3-0 dengan Zlatan Ibrahimovic turut menjaringkan dua gol.

Juara Greek, Olympiakos Piraeus menumpaskan Anderlecht 3-0.

Namun perlawanan yang mencuri perhatian ialah antara juara Turki, Galatasaray dengan pengurus baru mereka Roberto Mancini yang baru mengambil alih jawatan pengurus tidak sampai 24 jam berjaya mengikat Juventus 2-2.

Di Ukraine, penyerang England Danny Welbeck meletakkan Manchester United di hadapan dalam perlawanan menentang Shakhtar Donetsk sebelum penyerang asal Brazil, Taison menjaringkan gol penyamaan di minit ke-76 untuk menyamakan kedudukan.

Tetapi kemunculan pemain tengah veteran, Ryan Giggs pada separuh masa kedua telah mencatatkan rekod baru Eropah dengan penyertaannya yang ke-145 sekaligus memadam rekod yang disandang sebelum ini oleh bekas kapten Real Madrid, Raul.

Dalam satu lagi perlawanan, Bayer Leverkusen yang tewas 2-4 kepada Manchester United minggu lalu bangkit untuk menumpaskan wakil Sepanyol, Real Sociedad 2-1.

Wakil Rusia, CSKA Moscow menang tipis 3-2 ke atas Viktoria Plzen.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan