Mancini Dilantik Pengurus Baharu Galatasaray

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Mancini
Roberto Mancini

BEKAS Pengurus Manchester City, Roberto Mancini telah dinamakan sebagai pengurus baru juara Turki, Galatasaray.

Beliau menandatangani kontrak tiga tahun.

Pelantikan Mancini untuk menerajui kelab dari Istanbul itu dimeterai pada Ahad lalu.

Pengurus asal Itali itu mengantikan Fatih Terim, yang digugurkan minggu lalu selepas gagal mencapai persetujuan untuk melanjutkan kontraknya.

City pula memecat Mancini pada bulan Mei lalu - genap setahun selepas beliau meraih gelaran liga yang pertama buat kelab tersebut.

Bagaimanapun kegagalannya mempertahankan gelaran tersebut musim lalu dan kekecewaan untuk meraih tempat yang lebih baik di peringkat Eropah telah memusnahkan segala khidmat cemerlangnya di City.

Galatasaray pula memulakan musim baru dengan persembahan yang tidak konsisten - hanya menang sekali daripada lima perlawanan.

Kedudukan ini membimbangkan pengurusan kelab memandangkan mereka berada bersama-sama Real Madrid, Juventus dan FC Copenhagen di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Real membelasah mereka 6-1 dalam perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan.

Terim, 60, sebelum ini adalah pengurus yang dianggap sinonim dengan sejarah kejayaan Galatasaray di peringkat domestik dengan mencapai kemenangan enam daripada 19 trofi.

Beliau juga bertanggungjawab merancang kemenangan kelab itu merangkul Piala Uefa pada tahun 2000 malah bermain selama 11 tahun dengan Galatasaray.

Mancini pula berjaya memenangi tiga kejuaraan liga Itali berturut-turut dan dua Piala Itali bersama Inter Milan, sebelum mengikat kontrak bersama City.

Beliau akan memulakan tugasnya yang pertama bersama Galatasaray menentang Juventus dalam persaingan Liga Juara-Juara Rabu ini.

Tags / Kata Kunci: Roberto Mancini , Galatasaray , Fatih Terim

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan