Skuad Harimau Malaya Dibelenggu Masalah Kecederaan Hadapi UAE 9 Oktober

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya berdepan masalah kecederaan pemain dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Shenzen, China pada 9 Oktober.

Ketua jurulatih pasukan bola sepak negara Datuk K. Rajagobal berkata pemain pertahanan Mohamad Fadhli Mohd Shas dilaporkan mengalami kecederaan serius ketika menjalani latihan bersama skuad Harimau Muda A Selasa.

Selain itu pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor yang mewakili kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu, masih belum pulih daripada kecederaan lutut, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini hari ini.

"Ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee memaklumkan kepada saya mengenai kecederaan Mohd Fadhli dan saya tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menggantikan mereka dengan pemain daripada skuad simpanan," katanya.

Sebelas pemain melapor diri untuk latihan itu dan kebanyakan daripada mereka merupakan pemain pasukan Selangor, Perak dan Kedah yang gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia.

Pada masa sama, Rajagobal turut berharap agar baki 17 lagi pemain yang dipanggil untuk sesi latihan pusat dapat melaporkan diri sebelum skuad Harimau Malaya bertolak ke China, Ahad ini.

"Kesemua 17 pemain ini hanya akan dilepaskan oleh pasukan masing-masing selepas berakhirnya peringkat suku akhir (kedua) Piala Malaysia nanti," katanya.

Perlawanan menentang UAE itu merupakan aksi 'pemanas badan' skuad Harimau Malaya sebelum berdepan ujian getir menentang Bahrain pada perlawanan ketiga, kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober ini.

FAM menerusi kenyataan media semalam menyenaraikan 28 pemain untuk menjalani latihan pusat kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Bahrain.

Empat belas pemain turut disenaraikan dalam skuad simpanan sekiranya mana-mana 28 pemain berkenaan disahkan mengalami kecederaan oleh doktor pasukan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , UAE , Datuk K. Rajagobal

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan