Piya Terima Lamaran Lima Pasukan Untuk Liga M Musim Hadapan - Bola Sepak | mStar

Piya Terima Lamaran Lima Pasukan Untuk Liga M Musim Hadapan

Diterbitkan: Khamis, 26 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kapten pasukan Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi mengesahkan lima pasukan termasuk dua kelab melamar beliau untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Mohd Badri, yang lebih mesra disapa 'Piya', bagaimanapun berkata beliau enggan membuat keputusan secara terburu-buru kerana khidmatnya selaku pemain tengah, masih diperlukan oleh pasukan 'The Red Warriors'.

"Memang ada lima pasukan menawarkan kontrak kepada saya. Bagaimanapun, memandangkan kempen Piala Malaysia masih berlangsung sekarang, elok rasanya saya tidak bercakap apa-apa mengenai perkara ini.

"Soal kontrak (sama ada kekal atau berhijrah) saya mahu letak tepi dahulu. Fokus saya ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan bagi memastikan Piala Malaysia kekal di Kota Baharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran produk 'Secretleaf-Men', yang mana beliau adalah duta jenama tersebut.

Hadir sama Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim.

Akhbar baru-baru ini melaporkan beberapa tonggak utama Kelantan seperti Mohd Badri, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad bakal dilamar pasukan lain.

Kali pertama, Piya, selaku 'Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA 2013' itu berhijrah ialah pada 2007 dengan mewakili pasukan PDRM namun hanya semusim sebelum mengambil keputusan kembali ke pangkuan Kelantan pada tahun berikutnya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan