Junior Eldstal Bintang Muda Baharu Bola Sepak Tanah Air

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Junior Eldstal
Junior Eldstal

PENAMPILAN Junior Eldstal dalam skuad kebangsaan menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air sejak kebelakangan ini.

Pemain tinggi lampai kelahiran Sabah ini sebenarnya berdarah kacukan yang mana ibunya, kelahiran Sabah manakala bapanya dari Sweden.

Dilahirkan dengan nama Putera Nadhar Marhan Maderner, pemain pertahanan ini lebih mahu dikenali dengan nama Junior Eldstal.

"Nama saya di Malaysia Putera Nadhar seperti yang tertera dalam passport, tetapi saya mahu dipanggil Junior Eldstal.

"Itu adalah nama saya sejak berumur satu tahun. Saya sudah memohon untuk pertukaran nama dan masih menunggu kelulusan daripada Pejabat Pendaftaran Negara.

"Ia mungkin mengambil masa ...lebih kurang lapan bulan. Eldstal adalah nama bapa saya, dan saya bangga mahu menggunakannya secara sah di sini," jelasnya dalam satu kenyataan kepada peminat-peminatnya sebelum ini.

Mengimbas kembali kariernya sebagai pemain bola sepak, Junior bermula dengan kelab remaja di England bersama Aldershot Town FC pada tahun 2004-2007 dan Farnborough FC (2008-2011).

Selepas itu dia menyertai kelab senior, juga di England bersama Slimbridge FC (2011-12).

Selepas beberapa tahun beraksi di England, Junior di panggil pasukan Sarawak bagi menyertai kempen Liga Perdana Malaysia.

Tahun ini kelibatnya menarik perhaatian [pasukan Harimau Muda A yang dikendalikan jurulatih Ong Kim Swee bagi menyertai skuad kebangsaan ke Kejohanan Universiti Dunia di Kazan, namun bebebrapa masalah teknikal timbul, dia tidak dapat beraksi.

Pada Julai lalu, junior turut dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan, Harimau Malaya ketika aksi perlawanan persahabatan antarabangsa, Barcelona dan Chelsea.

Biarpun diberi tanggungjawab sebagai pemain pertahanan , Junior merupakan pemain boleh bermain di semua posisi.

Aksi terbaiknya, pada kejohanan Pestabola Merdeka minggu lalu yang menyaksikan Malaysia menjuarai selepas menewaskan Myanmar 2-0.

Dan paling manis bagi Junior, dia berjaya menjaringkan gol terakhir buat pasukan Malaysia.

"Selepas beberapa kali cuba untuk jaringkan gol, akhirnya saya berjaya melakukannya pada final baru-baru ini.

"Saya berasa berterima kasih kepada semua termasuk penyokong-penyokong sentiasa memberi sokong kepada saya dan skuad negara," jelasnya

Dalam pada itu, Junio turut mengakui masih banyak perlu diperbaiki dan akan cuba yang lebih baik pada aksi seterusnya.

"Kejayaan sebelum ini adalah satu penanda aras untuk kami melakukan yang lebih baik lagi dalam persiapan pasukan untuk ke Sukan Sea hujung tahun ini," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan