Liga Juara-Juara: Chelsea Tewas Mengejut Kepada Basel

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Streller menjadi pemusnah di Stamford Bridge selepas menjaringkan gol kemenangan Basel.
Streller menjadi pemusnah di Stamford Bridge selepas menjaringkan gol kemenangan Basel.

PASUKAN Chelsea masih belum menemui rentak sebenar permainan apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh seminggu.

Sabtu lalu skuad kendalian Jose Mourinho ini tewas 1-0 kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), dan sekali lagi kekalahan 2-1 kepada Basel terpaksa ditelan pada aksi Liga Juara-Juara (CL) di laman sendiri.

Jaringan pertama aksi peringkat Kumpulan E ini dilakukan oleh Oscar pada minit terakhir separuh masa pertama.

Biarpun mendominasikan permainan, anak buah Mourinho ini gagal mencipta lebih banyak jaringan pada babak kedua sekaligus menyaksikan pasukan pelawat menyumbat gol penyamaan pada minit ke-71 melalui Mohamad Salah sebelum Marco Streller mencatat gol kemenangan pada minit ke-81.

Kekalahan ini turut mengundang kekecewaan kepada pemilik kelab, Roman Abramovich yang dilaporkan terus ke bilik persalinan bertemu pemain-pemain sebaik sahaja perlawanan tamat.

Mourinho berkata, skuadnya tewas kepada pasukan kelab Switzerland itu kerana berdepan dengan tekanan.

"Perlukan saya dikenakan telur pada muka saya? Sudah tentu. Saya pengurus dan bertanggungjawab dengan semua yang berlaku. Keputusan dan situasi yang teruk.

"Tetapi saya rasakan pasukan ini bukan skuad yang sebenar seperti kematangan dan personaliti dalam berdepan dengan keadaan sukar.

"Ketika bertemu dengan Everton baru-baru ini, kami melakukan dengan baik dan pihak lawan berjaya dapatkan gol pada separuh masa kedua, selepas itu kamu dapat rasakan pemain-pemain berusaha untuk menguasai permainan.

"Hari ini keadaan juga agak sama. Pemain-pemain mula melakukan tanggungjawab mereka, mengawal pihak lawan dan cuba mencipta peluang yang baik," jelasnya.

Senarai pemain:

Chelsea: Cech 6, Ivanovic 7, Cahill 6, Luiz 6, Cole 6, Van Ginkel 5, Lampard 6, Hazard 6, Oscar 8, Willian 6, Eto’o 6. Subs: Ba 6, Mikel 5, Mata 6.

Basel: Sommer 7, Safari 6, Ivanov 6, Schar 7, Voser 6, Frei 6, Stocker 7, Diaz 7, Salah 8, Sio 6, Streller 7. Subs: Delgado 6, Xhaka. THE MATCH IN A TWEET

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Jose Mourinho , Basel , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan