Piala Asia: MHC Sasar Skuad Hoki Wanita Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meletakkan sasaran skuad hoki wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki Wanita Piala Asia ke-8 dari 21 hingga 27 September ini.

Naib Presiden MHC dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Dr S. Shamala berkata Malaysia menjadi penganjur kejohanan berkenaan buat kali pertama yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

"Sasaran itu kita buat berdasarkan kepada persediaan yang dilakukan dan prestasi semasa skuad hoki wanita kita. Kita sudah mengadakan persiapan selama setahun setengah untuk kejohanan ini.

"Bagaimanapun, mereka perlu mendapat keputusan yang baik dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan tajaan untuk kejohanan berkenaan di Stadium Hoki Nasional pada Selasa.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara bertahan China serta India dan Hong Kong, manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Kazakhstan.

Juara Kejohanan Hoki Wanita Piala Asia akan layak secara automatik ke Piala Dunia Hoki Wanita di The Hague, Belanda yang dijadualkan pada 31 Mei hingga 14 Jun tahun depan.

Setakat ini Korea Selatan dan China layak ke Piala Dunia.

Mengenai peluang skuad hoki wanita negara untuk beraksi di Piala Dunia, Shamala berkata segalanya bergantung kepada persembahan para pemain di Piala Asia ini.

"Pada hakikatnya memang kita mahu beraksi di Piala Dunia. Namun kita perlu mengatasi China dan India di peringkat kumpulan terlebih dahulu dan jika memasuki peringkat separuh akhir, barulah kita fikirkan strategi untuk ke Piala Dunia," katanya.

Menurut Shamala sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Hoki Wanita Piala Asia, skuad kebangsaan menjalani latihan dan mengadakan enam perlawanan persahabatan di Korea Selatan dan Australia.

Beliau turut berharap orang ramai akan datang memberi sokongan sama seperti skuad hoki lelaki pada setiap perlawanan.

Pada majlis itu Timbalan Presiden MHC Datuk Seri Noora Ashikin Raja Abdullah hadir menerima penajaan berjumlah RM500,000 daripada Semai Ria Sdn Bhd, selaku penaja utama kejohanan serta penaja lain.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan