FAM Perlu Kekalkan Prestasi Harimau Muda - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 17 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) harus mencari formula jangka panjang untuk mengekalkan prestasi pemain skuad Harimau Muda yang kini semakin baik, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata penubuhan skuad Harimau Muda semasa beliau menjadi Timbalan Presiden Fam dahulu adalah langkah jangka pendek untuk meningkatkan prestasi bola sepak negara.

"Saya kemukakan idea itu, tetapi idea ini bukanlah untuk jangka masa panjang. Akhirnya kita perlu kembali kepada sistem kelab dan negeri," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian TSM Golf Challenge 2013 di sini, Selasa.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai skuad Harimau Muda yang mungkin akan berpecah jika pemain skuad itu dipikat kelab luar memandangkan prestasi pemainnya sangat baik.

Perjanjian itu dibuat antara Tan Sri Muhyiddin Golf Challenge, Proton Holdings Berhad, Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Asian Tour International Ltd.

Khairy berkata: "Dahulu kita (FAM) sistem berpusat, kerana pada waktu itu kita tidak mahu melihat mereka berpecah. Tetapi saya sarankan bila kita lihat liga itu makin kuat, lebih berprestasi tinggi, maka kita boleh kembali ke formula lama".

Menyentuh sukan sepak takraw, Khairy berkata pihaknya masih lagi menunggu laporan daripada mereka yang terlibat berhubung kekalahan pasukan negara kepada Korea Selatan kelmarin.

"Sekarang ini saya sedang berjumpa dengan bekas pemain dan ramai lagi pihak berkepentingan yang ada dalam sukan sepak takraw untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam mengenai kedudukan sukan itu," katanya.

Katanya beliau akan memanggil Persatuan Sepaktakraw Malaysia apabila mendapat semua maklumat yang diperlukan. BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , Harimau Muda , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan