Gelaran Juara Pestabola Merdeka Hanya Permulaan - Kim Swee

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kejayaan merangkul gelaran juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menewaskan Myanmar 2-0 pada Sabtu dianggap sebagai permulaan perjalanan skuad bawah 23 Tahun negara menjelang Sukan Sea hujung tahun ini.

Pengendali pasukan, Ong Kim Swee mengakui kejayaan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk terus berpuas hati kerana masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.

"Semua unit iaitu pertahanan, penyerang, pemain tengah, serta penjaga gol telah menjalankan tugas dengan baik dan akhirnya kita meraih dua gol yang cukup baik, hasil daripada pergerakan ini.

"Pemain-pemain mengikut arahan dengan baik dan juga menunjukkan sikap yang positif.

"Kejayaan ini dianggap sebagai permulaan perjalanan ke Sukan Sea nanti. Banyak lagi bahagian yang perlu ditingkatkan," jelasnya kepada media selepas perlawanan lewat malam Sabtu.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengulas mengenai corak permainan skuadnya pada aksi final edisi ke-41 ini.

"Setiap percaturan mengikut situasi. Seperti yang dilihat, saya mengeluarkan Mohd Rozaimi selepas dia menjaringkan gol dan memasukkan S.Sivanesan bagi menukar corak permainan di bahagian pertahanan.

"Begitu juga penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi yang telah lama bersama skuad Harimau Muda A dan telah membuktikan bahawa dia mampu menjadi penjaga gol utama negara.

"Sebelum ini dia merupakan penjaga gol kedua negara dalam skuad Olimpik, di belakang Khairul Fahmi Che Mat.

"Selain Izham, semua pemain lain juga telah mempamerkan semangat dengan satu matlamat walaupun baharu pertama kali dipanggil menyertai skuad ini.

"Sikap harmorni di dalam dan di luar padang yang ditunjukkan mereka ini akan diteruskan sehingga ke Sukan Sea.

"Selepas ini pemain-pemain akan kembali ke kelab masing-masing dan saya berharap mereka kekalkan tahap kecergasan," jelas jurulatih kelahiran Melaka ini.

Tambah Kim Swee, selepas ini pasukannya akan ke Bandung bagi menyertai jemputan Piala Manpora pada 18 September ini.

"Di sana nanti saya akan memberi peluang kepada pemain-pemain yang tidak beraksi pada Pestabola Merdeka ini atau kepada mereka yang beraksi sekejap sahaja," tambahnya.

Selain itu Kim Swee berkata, kejayaan ini cukup manis memandangkan ia dilangsungkan sempena Hari Kemerdekaan.

"Cukup bermakna kerana kita juga akan menyambut Hari Malaysia Isnin ini dan dianggap sebagai hadiah kepada semua rakyat Malaysia.

"Saya juga berterima kasih kepada semua penyokong Malaysia yang terus memberi sokongan sepanjang kejohanan ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pestabola Merdeka , Malaysia , Myanmar , Sukan Sea

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan