Ukraine-England Terikat 0-0 - Bola Sepak | mStar

Ukraine-England Terikat 0-0

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KIEV: England semakin menghampiri tempat untuk beraksi di Piala Dunia Brazil 2014 selepas mencatat keputusan seri 0-0 dengan Ukraine pada saingan peringkat kumpulan kelayakan zon Eropah, di Kiev, awal pagi Rabu.

Ukraine mengasak seawal minit awal permainan dengan beberapa percubaan yang nyaris menghasilkan gol di depan penyokong sendiri di Stadium Olimpik.

Namun anak buah Roy Hodgson mengekalkan rentak permainan untuk membawa balik satu mata dalam Kumpulan H.

Sekiranya England menang dengan Montenegro dan Poland dalam dua perlawanan terakhir kumpulan itu bulan depan, ia bermakna England selesa untuk ke Brazil.

“Kami kehilangan tujuh pemain utama dalam skuad dan saya fikir kami perlu puas hati dengan keputusan di Kiew malam ini," kata pengurus England itu kepada stesen televisyen ITV.

Tags / Kata Kunci: England , Ukraine , Piala Dunia Brazil 2014
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan