Pestabola Merdeka: Wan Zack Belum Berpuas Hati

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pemain tengah Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor teruja selepas meledakkan gol kemenangan ketika perlawanan kedua menentang Myanmar pada aksi Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Isnin malam.

Pemain kelahiran Maran, Pahang ini turut membantu pasukannya ketika mencari gol penyamaan dengan melakukan sepakan percuma tepat ke arah gawang sebelum disempurnakan Mohd Irfan Fazail.

Kemenangan 2-1 itu sekaligus membawa skuad bimbingan Ong Kim Swee ini layak ke final walaupun perlawanan masih lagi berbaki satu bertemu Thailand Rabu ini.

"Sudah tentu perasaan gembira kerana menjaringkan gol kemenangan.

"Walaubagaimanapun saya tidak boleh berpuas hati dan paling penting saya perlu memperbaiki prestasi setiap perlawanan.

"Pada perlawanan itu, kita dibolosi pada babak pertama, namun berjaya bangkit mencari gol kemenangan hasil daripada kerjasama pasukan, " jelasnya kepada media, Selasa.

Dalam pada itu, Wan Zack turut teruja kerana dapat menyumbangkan gol di tempat sendiri.

"Terima kasih kepada orang-orang kampung saya yang terus menerus memberi sokongan," tambahnya.

Mengulas perlawanan menentang Thailand pada Rabu ini, Wan Zack mahu memberi persembahan seratus peratus.

"Apa jua keputusan pada aksi ini, kita tetap masuk final, tetapi saya tidak boleh berpuas hati dan perlu pemerkan permainan yang terbaik, "jelas pemain kelab Jepun FC Ryukyu ini.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan