Pestabola Merdeka: FAM Umum Penurunan Harga Tiket - Bola Sepak | mStar

Pestabola Merdeka: FAM Umum Penurunan Harga Tiket

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamidin Mohd Amin
Hamidin Mohd Amin

KUANTAN: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan penurunan harga tiket bagi perlawanan ketiga pada Rabu dan aksi final pada Sabtu ini.

Menurut Hamidin, keputusan ini dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama pihak FAM dan penganjur (ProEvent International (M) Sdn Bhd) bagi membolehkan peminat bola sepak di Pahang khususnya dapat bersama-sama memberi sokongan secara langsung kepada pasukan negara.

"Harga bagi perlawanan di antara Singapura dan Myanmar di Stadium Mini Temerloh (Rabu) ditetapkan dengan harga RM20 bagi tempat bebas, manakala RM25 bagi tempat duduk utama (Grandstand).

"Manakala perlawanan di antara Malaysia dan Thailand (Rabu) dan final di Stadium Darul Makmur pula berharga RM20 (bebas), dan RM50 untuk Grandstand," jelasnya pada sidang media, Selasa.

Sebelum ini harga harga tiket dijual dengan harga RM 38 (bebas) dan RM68 (utama) di Stadium Darul Makmur manakala harga RM28 dan RM38 di Stadium Mini Temerloh.

Malaysia bakal beraksi di pentas akhir pada Sabtu ini selepas meraih dua kemenangan sebelum ini biarpun masih lagi berbaki satu perlawanan.

Tags / Kata Kunci: FAM , Datuk Hamidin Mohd Amin , Pahang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan