Pestabola Merdeka: Bermain Untuk Menang, Bukan Seri - Kim Swee

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiada istilah seri bagi ketua jurulatih Bawah 23 Tahun negara, Ong Kim Swee menjelang perlawanan ketiga bertemu Thailand Pestabola Merdeka yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada Rabu.

Kim Swee mengakui skuad muda Thailand merupakan sebuah pasukan yang bagus walaupun sesetengah pihak menganggap mereka hanya pemain-pemain kelab.

"Kita boleh lihat aksi mereka ketika menentang Myanmar dan Singapura sebelum ini. Mereka bermain dengan baik. Paling penting bagi saya permainan mereka mempunyai kualiti tersendiri.

"Kita juga sedia maklum mereka mempunyai dua orang pemain, no.9 (Kasidech Wattayawong) dan no.14 (Seksit Srisai) yang beraksi di kelab Eropah sekaligus yakin perlawanan esok (Rabu) merupakan pertemuan yang sukar," katanya pada sidang media, Selasa.

Menurut jurulatih Harimau Muda A ini, walaupun skuad negara sudah layak beraksi di pentas akhir, dia tetap mahu melihat skuadnya mempamerkan aksi terbaik seperti sebelum ini.

"Kita mahu menang semua perlawanan, bukan sekadar mengutip seri. Jika Myanmar mahu kita menang ketika bertemu Thailand, bagi melayakkan mereka ke final, saya harap mereka juga inginkan kita menang pada Sukan Sea nanti.

"Apa yang penting, pemain-pemain perlu bermain seperti dua perlawanan sebelum ini kerana penyokong-penyokong mahu melihat persembahan yang cukup baik," tambahnya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga dijangkan akan menurunkan pemain-pemain simpanan bagi perlawanan bertemu Thailand ini.

"Dua perlawanan dalam tempoh enam hari adalah sesuatu yang sukar. Saya memerlukan pemain-pemain yang cergas pada aksi akhir nanti.

"Jadi kemungkinan besar saya akan menurunkan beberapa pemain lain. Pun begitu mereka ini bukan pilihan kedua kerana mereka berada dalam keadaan sedia apabila diperlukan.

"Paling penting mereka mempunyai reputasi tersendiri. Saya harapkan mana-mana pemain yang akan diturunkan mampu memberikan persembahan yang baik.

"Seperti sedia maklum, kejohanan ini juga merupakan bayangan awal untuk pemilihan ke Sukan Sea nanti, jadi mana-mana pemain yang tidak konsisten, akan digugurkan," tambahnya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan