Frank Lampard Bakal Catat Sejarah Dalam Perlawanan Menentang Ukraine

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Frank Lampard
Frank Lampard

PEMAIN TENGAH Chelsea dan England, Frank Lampard bakal mencatat sejarah mewakili negaranya buat kali ke-100 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan H menentang Ukraine pada malam Selasa di Stadium Olimpik Kiev.

Bagaimanapun Lampard menegaskan, fikirannya lebih tertumpu tentang cara untuk menang dalam perlawanan sukar itu memandangkan pasukan England ketandusan penyerang ekoran kecederaan yang dialami oleh Wayne Rooney dan Daniel Sturridge serta pengantungan ke atas Danny Welbeck.

Walau apa pun yang terjadi, Lampard, 35, akan menjadi pemain kelapan berjaya mewakili negaranya sebanyak seratus kali.

England buat masa ini mengetuai Kumpulan H tetapi Ukraine akan mengambil alih kedudukan tersebut sekiranya menang.

Juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Brazil Ogos tahun depan manakala naib juara akan berentap dalam satu lagi pusingan 'play-offs'.

Lampard pertama kali bermain mewakili England di bawah Kevin Keegan dalam perlawanan persahabatan menentang Belgium, Oktober 1999.

Turut bermain dalam perlawanan yang menyaksikan mereka menang 2-1 itu ialah Alan Shearer, Paul Ince dan David Seaman.

Sejak itu Lampard telah berjaya menjaringkan 29 gol untuk negaranya termasuklah dipilih menjadi kapten sebanyak lima kali.

Dalam skuad yang ada sekarang, terdapat dua pemain yang masih aktif dan turut melepasi angka seratus iaitu Steven Gerrard dan Ashley Cole.

Ukraine sebelum ini mencatatkan empat kemenangan di peringkat kumpulan dengan menyumbat 18 kali.

Sementara pasukan Roy Hodgson menang selesa 4-0 ke atas Moldova di Wembley Jumaat lepas tetapi pada masa yang sama Ukraine menang besar ke atas San Marino 9-0.

BERIKUT ADALAH SENARAI 7 PEMAIN YANG TELAH MEWAKILI ENGLAND LEBIH DARI 100 KALI:

> 125: Peter Shilton (1970-1990)

> 115: David Beckham (1996-2009)

> 108: Bobby Moore (1962-1973)

> 106: Bobby Charlton (1958-1970)

> 105: Billy Wright (1946-1959)

> 104: Ashley Cole (2001-kini)

> 104: Steven Gerrard (2000-kini)

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan