Pestabola Merdeka: PM Optimis Skuad Harimau Muda Mampu Muncul Juara

Diterbitkan: Ahad, 8 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib (dua, kanan) menerima jersi kebangsaan daripada Ketua Pasukan Harimau Muda A, Mohd Irfan Fazail ketika bertemu dan memberikan kata-kata semangat kepada pemain-pemain Harimau Muda A sebelum perlawanan Pesta Bola Merdeka menentang Singapura di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Sabtu.
Najib (dua, kanan) menerima jersi kebangsaan daripada Ketua Pasukan Harimau Muda A, Mohd Irfan Fazail ketika bertemu dan memberikan kata-kata semangat kepada pemain-pemain Harimau Muda A sebelum perlawanan Pesta Bola Merdeka menentang Singapura di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Sabtu.

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak optimis skuad Harimau Muda A, bawah 23 tahun mampu muncul juara pada kejohanan Pestabola Merdeka yang mula berlangsung pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata, apa yang penting ialah skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee itu menimba pengalaman berharga pada kejohanan itu dan mampu memenangi pingat emas pada Sukan Sea di Myanmar Disember depan.

"Saya berharap mereka bermain bersungguh-sungguh untuk negara, apa yang penting Sukan Sea di Myanmar, target untuk menjadi juara dan menang pingat emas," katanya selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama pemain skuad Harimau Muda A sebelum perlawanan menentang pasukan Singapura, di Stadium Darul Makmur di sini, petang Sabtu.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan makluman yang diperolehinya, skuad itu telah menjalani latihan dengan baik dan mampu menjuarai kejohanan Pestabola Merdeka.

Dua lagi pasukan menyertai Pestabola Merdeka ialah Myanmar dan Thailand.

Kejohanan bermula Sabtu sehingga 14 September itu akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, kecuali satu perlawanan melibatkan Singapura dan Thailand yang akan diadakan di Stadium Mini Temerloh pada 11 September. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan