Pestabola Merdeka Tetap Edisi Berprestij - Hamidin - Bola Sepak | mStar

Pestabola Merdeka Tetap Edisi Berprestij - Hamidin

Diterbitkan: Sabtu, 7 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pestabola Merdeka edisi ke-41 yang sedang berlangsung di Kuantan tetap merupakan kejohanan paling berprestij di rantau ini, sekalipun hanya disertai empat pasukan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pertandingan berstatus antarabangsa itu terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk bersaing.

"Cuma Malaysia meletakkan pasukan bawah 23 tahun iaitu Harimau Muda A, mana-mana pasukan lain (yang menyertai edisi kali ini) pasukan itu diiktiraf 'federation' negara masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Sabtu.

Beliau yang mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa bertemu pemain Harimau Muda A, sebelum menentang Singapura di Stadium Darul Makmur berkata, dakwaan kononnya terdapat negara tertentu yang hanya menghantar pasukan bertaraf kelab ke kejohanan itu, tidak timbul sama sekali.

Pestabola Merdeka bermula Sabtu sehingga 14 September itu disertai empat pasukan, selain Harimau Muda A dan Singapura, dua lagi pasukan ialah Myanmar dan Thailand.

Semua perlawanan berlangsung di Stadium Darul Makmur, kecuali satu perlawanan melibatkan Singapura dan Thailand yang akan diadakan di Stadium Mini Temerloh pada 11 September.

Beliau berkata, FAM juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu melihat skuad Harimau Muda A berjaya dalam kejohanan itu.

"Ini adalah pasukan terbaik kita dan mereka disasar memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar Disember depan, mereka tiada pilihan, selain menjadi juara pada Pestabola Merdeka ini dan memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA nanti," katanya.

Beliau berkata, bola sepak negara kini berada di momentum untuk bergerak ke hadapan dan yakin bola sepak negara mampu cemerlang dalam pentas antarabangsa. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan