Pestabola Merdeka: Skuad Harimau Muda A Kerja Keras - Kim Swee

Diterbitkan: Sabtu, 7 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yakin sekiranya keadaan padang lebih baik, skuadnya mampu menang lebih daripada satu gol pada aksi perlawanan pembukaan Pesta Bola Merdeka di Stadium Darul Makmur pada Sabtu.

"Keadaan padang tidak membenarkan bermain dalam keadaan yang sepatutnya. Semua pemain telah bersungguh-sungguh dan saya bangga dengan situasi itu.

"Kami juga cuba menukar corak permainan daripada hantaran pendek ke hantaran jauh, dan ia berkesan. Saya bangga dengan sikap tidak putus asa mereka," jelasnya pada sidang media selepas menang 1-0 ke atas Singapura.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam keadaan hujan renyai-renyai yang menyebabkan padang basah.

Bagaimanapun, Kim Swee mengakui situasi ini juga sebagai pengajaran kepada skuadnya kerana keadaan ini mungkin berlaku ketika di Myanmar pada aksi Sukan Sea nanti.

Tambah Kim Swee, walaupun gagal menyempurnakan sepakan penalti (Wan Zack Haikal), dia berpuas hati kerana telah cuba sedaya-upaya.

Mengenai pemain muda kacukan, Junior Eldstal yang dilihat bekerja keras menguasai padang, Kim Swee mengakui ia satu gandingan atau persefahaman yang baik bersama Mohd Irfan Fazail, Sivanesan termasuk Nazmi Faiz.

"Mereka mempunyai persefahaman dan apabila kita menukar posisi-posisi tertentu, ia mampu mengelirukan pihak lawan. Ini merupakan satu percaturan taktik.

"Ia juga akan digunakan pada perlawanan akan datang. Daripada segi barisan pemain pula, kita perlu tahu bahawa hanya empat pemain sahaja dari skuad Harimau Muda A dan selebihnya dari kelab serta pertama kali bermain di peringkat antarabangsa.

"Satu pasukan yang kuat memerlukan masa bukan seminggu atau dua tetapi masa yang panjang.

"Kita tengok pasukan Singapura , walaupun tanpa tonggak utama, pemain-pemain muda mereka menunjukkan persefahaman taktikal yang cukup baik dan kental apabila bertahan.

"Seperti saya kata, mereka tidak pernah tewas dua atau tiga gol. Ini menunjukkan mereka telah berlatih bersama-sama.

"Jadi kita kena faham, walaupun kita mempunyai pemain-pemain yang baik, tetapi persefahaman dan latihan amat penting," ujarnya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga mengakui bahawa aksi yang ditunjukkan oleh pemain-pemainnya ini adalah kerana kata-kata semangat yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita semua tahu, beliau sibuk dengan pelbagai perkara, namun masa 10 minit itu cukup memberi impak kepada semua pemain," jelasnya.

Najib sebelum itu meluangkan masa bersama pemain-pemain sebelum perlawanan bermula.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan