Gomez Tolak Real Madrid, Pilih Fiorentina

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mario Gomez
Mario Gomez

MARIO Gomez mendedahkan kelab Real Madrid ada membuat tawaran kepadanya musim ini, namun memilih Fiorentina sebagai destinasinya bagi memastikan tempat dalam barisan pemain utama.

Pemain kebangsaan Jerman ini meninggalkan Bayern Munich bagi mengharungi musim baru ini.

Gomez menolak tawaran pasukan bimbingan Carlo Ancelotti untuk pergi ke Fiorentina dengan alasan dia bukan lagi menjadi pilihan utama skuad Bayern.

"Ancelotti memang berminat, dan saya juga ragu-ragu untuk menolak kerana semua keluarga saya amat meminati Real Madrid.

"Saya berterima kasih kepada dia kerana berminat, namun saya memberitahu mahu ke Florence.

"Bagi saya ia sangat jelas - saya mahu memberi segalanya dan bukan hanya beraksi separuh permainan dan perlu kekalkan gelaran.

"Saya mahu bermain hari Ahad, Rabu, Ahad," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: MARIO Gomez , Real Madrid , Fiorentina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan