Man. United Bayar Everton £27.5 Juta Untuk Fellaini & Dapatkan Fabio Coentrao

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marouane Fellaini
Marouane Fellaini

SELEPAS ditolak lebih dari tiga kali, Manchester United berjaya juga mendapatkan tanda tangan Marouane Fellaini dari Everton dengan membayar £27.5 juta.

Akhbar Britian, The Daily Mail melaporkan yang David Moyes akhirnya berjaya mendapatkan pemain yang dikejarnya sepanjang musim panas ini selepas Fellaini sendiri membuat permohonan perpindahan secara rasmi kepada Everton pada Isnin.

Everton sememangnya berkeras untuk tidak menjual pemain tengah mereka itu tetapi indikasi yang Fellaini, 25, telah membulatkan keputusan untuk menyertai United muncul selepas pasukan kebangsaan Belgium memberikan kebenaran khas kepadanya untuk menangguhkan penyertaan di kem latihan kebangsaan bagi membolehkan isu ini diselesaikan sebeum tengah malam Isnin.

United memang terdesak untuk membawa masuk setidak-tidaknya seorang pemain ternama apabila mereka gagal membeli rakan sepasukan Fellaini iaitu bek kiri England, Leighton Baines dan pemain tengah Athletic Bilbao, Ander Herrera.

Namun kegagalan itu juga telah menyaksikan United berjaya mendapatkan khidmat Fabio Coentrao dari Real Madrid secara pinjaman untuk sepanjang musim ini.

United jarang-jarang membawa masuk pemain secara pinjaman tetapi suasana terdesak pada hari terakhir perpindahan menyaksikan mereka tiada opsyen yang lebih baik melainkan mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun berasal dari Portugal itu bagi mengisi posisi bek kiri.

Coentrao mendapati dia bukan lagi menjadi pilihan utama di Real selepas kemunculan pemain Brazil, Marcelo musim lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan