United Tewas Di Tangan Liverpool, Moyes Masih Gagal Menang Di Anfield

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS baru Manchester United, David Moyes mula merasai bahang sebagai penganti Sir Alex Ferguson apabila pasukannya tewas kepada Liverpool 0-1 pada malam Ahad.

Ini adalah kekalahan pertama United selepas mengharungi tiga perlawanan liga - menang besar di hari pembukaan menentang Swansea 4-1 dan kemudian seri tanpa jaringan dengan Chelsea minggu lalu.

Bagi Moyes pula, Anfield terus menjadi gelanggang 'malang' baginya kerana dia tidak pernah menang di sini sepanjang 11 tahun sebagai pengurus Everton.

United bermain dengan penuh cuai tanpa imaginasi sepanjang separuh masa pertama tetapi bangkit menguasai permainan pada separuh masa kedua namun tetap tidak dapat menembusi gawang Liverpool.

Penjaga gol Liverpool, Mignolet bermain cemerlang termasuk menyelamatkan tendangan kencang Nani pada separuh masa kedua.

Bagi Liverpool pula, musim ini bermula dengan penuh cemerlang walaupun tidak bergaya. Mereka menang kesemua tiga perlawanan pembukaan liga tetapi dengan jaringan 1-0 saja - semuanya dijaringkan oleh Daniel Sturridge.

Aksi cemerlang Sturridge menjawab kenapa dia kini menjadi penyerang pilihan pertama England menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia mungkin depan apatalah lagi dengan Wayne Rooney sedang berhadapan dengan kecederaan kepala. Dia tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Liverpool.

Dengan kemenangan ini, Liverpool mendaki menduduki tangga pertama liga - persembahan terbaik sejak Brendan Rodger menjadi pengurus.

United pula bertandang ke Liverpool dalam situasi malang. Mereka terasa akan kehilangan Rooney dan Robin van Persie bermain dengan prestasi di bawah sederhana.

Liverpool lebih banyak bertahan pada separuh masa kedua tetapi United gagal mengambil peluang tersebut untuk memecah kebuntuan. Pada era Ferguson, telah menjadi tabiat untuk United bertindak balas pada minit-minit terakhir.

Kali ini, para peminat setia United mengharapkan keajaiban yang sama tetapi keajaiban yang dinanti-nantikan itu telah hilang bersama Ferguson.

Moyes nampaknya masih belum menemui sentuhan berbisa Ferguson walaupun hampir kesemua pemain yang diturunkannya adalah mereka yang diwarisinya daripada Ferguson.

Apabila masa hanya tinggal tiga minit sahaja lagi, Moyes memasukkan penyerang Mexico, Javier Hernández.

Hernandez memperlihatkan dua percubaan berbahaya tetapi nasib tidak menyebelahi United.

Walaupun masa kecederaan ditambah lima minit lagi ia tetap tidak mengubah keadaan sehinggalah ke tiupan wisel terakhir.

Para peminat United balik dengan penuh kehampaan dan kita tertanya-tanya, bagaimanakah agaknya cara Moyes mengamuk di bilik persalinan.

SENARAI PEMAIN:

LIVERPOOL:

Simon Mignolet, Glen Johnson, Martin Skrtel, Daniel Agger Sanchez Jose Enrique, Steven Gerrard, Leiva Lucas, Jordan Henderson, Iago Aspas, Phillippe Coutinho, Daniel Sturridge, Luis Alberto (84'), Raheem Sterling (60'),Andre Wisdom (s 78').

MAN UTD:

David De Gea, Phil Jones, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Patrice Evra, Michael Carrick, Tom Cleverley, Ryan Giggs, Danny Welbeck, Ashley Young , Robin van Persie , Javier Hernandez (73'), Luis Nani (63'), Antonio Valencia (37')

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan