Bale Sarung Jersi No.11 Di Madrid - Bola Sepak | mStar

Bale Sarung Jersi No.11 Di Madrid

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gareth Bale
Gareth Bale

KHABAR angin mengenai perpindahan penyerang Tottenham Hotspur, Gareth Bale ke Real Madrid akhirnya menjadi kenyataan selepas sah mengikat kontrak enam tahun bersama kelab liga Sepanyol itu.

"Saya tidak pasti bila masa yang sesuai untuk tinggalkan kelab yang saya rasakan semuanya sudah selesai dan bermain dengan baik sepanjang karier saya.

"Saya sedar ramai pemain lain yang mengidam untuk bermain di kelab besar, dan secara jujurnya saya boleh katakan mimpi menjadi kenyataan.

"Saya sedar saya tidak akan berada di tahap ini tanpa Southampton dan selepas itu Spurs yang sentiasa bersama saya ketika mengharungi situasi sukar.

"Tottenham sentiasa di hati dan saya yakin mereka akan lebih berjaya musim ini. Manakala saya bersedia untuk menghadapi bab baharu dalam hidup saya, bermain bola sepak bersama Real Madrid," jelasnya.

Sementara itu, pengerusi Tottenham David Levy berkata: "Gareth merupakan seorang pemain cemerlang dan kami sebenarnya tidak ada niat nak menjual, tetapi ia dilakukan demi masa depannya".

Bale bakal memakai jersi bernombor 11 bersama kelab baharunya itu.

Tags / Kata Kunci: Gareth Bale , Real Madrid , Liga Sepanyol
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan