Shahidan Tuntut FAM Kembalikan Wang Denda RM39,500

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Shahidan Kassim mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memulangkan kembali wang denda RM39,500 yang dibayar kepada persatuan itu.

Shahidan terus meminta badan induk bola sepak negara agar mengembalikan wangnya walaupun Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin telah menjelaskan bahawa individu yang dihukum atas kesalahan melanggar Artikel 88 di bawah Statut FAM 2010-2014, tiada hak menuntut kembali wang denda yang dibayar mereka.

"Kalau undang-undang itu ditarik balik, semua orang yang dijatuhkan hukuman dikeluarkan daripada undang-undang tersebut.

"Tetapi kes saya, undang-undang ditarik balik, hukuman ke atas saya belum ditarik balik lagi.

"Keduanya, mereka perlu membuat keputusan dalam jawatankuasa sama ada wang yang mereka ambil dari saya itu boleh bagi balik atau tidak.

"Wang itu saya berniat untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim. Kalau mereka ambil juga, bermakna mereka ambil duit anak-anak yatim," jelasnya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) di Stadium Juara, Khamis.

Tambah Shahidan: "Kesalahan saya tidak seperti kesalahan orang lain, tetapi hukuman saya lebih berat daripada orang lain...mungkin saya hanya orang biasa.

"Duit saya sejumlah RM39,500. Ini hukuman paling zalim kepada satu pertubuhan yang cukup miskin di Malaysia dan menghukum presiden dengan begitu teruk.

"Saya hanya tegur minta FAM buat transformasi dan bayar gaji kepada Perlis.

"Salah ke minta transformasi seterusnya kena denda dua tahun setengah.

"Tapi sekarang pun mereka ada buat transformasi dengan menarik balik undang-undang itu.

"Jadi saya rasa orang yang patut dihukum tindakan disiplin ialah bekas Setiausaha Agung dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang saya rasa tidak berdisiplin".

Shahidan, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis digantung 30 bulan dan dikenakan denda selepas membuat kenyataan tanpa kebenaran FAM.

Hukuman tersebut sekaligus menjadikan Shahidan hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan