Liga IPT: UKM Tekad Pertahan Gelaran Juara

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertekad akan pertahankan gelaran juara Piala Menteri Pendidikan Liga Bola Sepak IPT 2013 yang bakal berlangsung September ini.

Pengurus Koordinator UKM, Mohd Yusri Yusof mengakui untuk mempertahankan gelaran lebih sukar daripada mencari gelaran.

"Pasukan baharu sahaja memulakan latihan di bawah bimbingan jurulatih Sulaiman Hussin.

"Kebanyakan pemain-pemain tahun lalu masih lagi disenaraikan dan hanya dua tiga orang pemain baharu sahaja yang dipilih.

"Sudah tentu kami meletakkan sasaran untuk mengekal gelaran juara yang diraih tahun lalu selepas menewaskan Kolej Komuniti Kedah (KK Kedah)." jelasnya.

Yusri berkata, salah seorang pemain pasukan ini adalah pemain kebangsaan dan sekaligus mampu memberi semangat kepada pemain-pemain lain.

"Seperti sedia maklum K.Reuben beraksi dengan skuad kebangsaan dan jarang bersama kami.

"Namun itu tidak menjadi halangan kerana dia akan bersama-sama menjalani latihan sekirannya tidak terlibat dengan jadual kebangsaan.

"Dia juga dianggap sebagai pemain contoh kepada rakan sepasukan," tambah Yusri.

Dalam pada itu Yusri berkata, pasukannya tidak memandang rendah kepada 15 pasukan lain yang mengambil bahagian tahun ini.

"Kami menghormati setiap pasukan kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri.

"Namun pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan UiTM Perlis antara pasukan yang perlu diberi perhatian.

"Begitu juga dengan pasukan KK Kedah yang mara ke final tahun lalu," katanya,

Sementara itu, liga ini akan membuka tiraikanya pada 8 September ini bagi pusingan awal yang berlangsung Stadium MMU, Stadium UiTM, Stadium UKM dan Stadium Universiti Malaya (UM).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan