Persatuan Bola Sepak Melaka Dijenama Semula, Fokus Bangunkan Pemain Muda

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka (Mafa) bakal dikenali dengan nama Melaka United Soccer Association (Musa) yang memfokuskan kepada pembangunan pemain muda daripada negeri ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Beliau yang juga pengerusi persatuan itu berkata pembangunan pemain muda perlu diletak sebagai tunjang penjenamaan semula itu bagi memastikan pasukan bola sepak Melaka mempunyai jati diri tinggi untuk berjuang demi memartabatkan negeri ini di pesada bola sepak negara.

"Kami sasar untuk menjadi antara pasukan digeruni lawan dalam tempoh antara tiga dan empat tahun dalam pesada bola sepak negara, kami mahu bentuk pasukan 'tulen' Melaka yang kami bina dari bawah hingga menjadi yang terhebat," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Idris mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini, Rabu.

Idris berkata pemain pasukan bawah 15 tahun Melaka yang pernah muncul juara peringkat Majlis Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan bawah 18 tahun yang pernah menjadi naib juara peringkat MSSM sebelum ini, akan menjadi asas kepada pembentukan pasukan Melaka itu nanti.

"Kami akan nilai pemain-pemain pasukan itu dan pilih yang mana sesuai untuk kami pupuk mejadi pemain bola sepak mewakili Melaka nanti," katanya.

Beliau berkata selain pembangunan pemain muda, penjenamaan itu juga akan merangkumi antara lain pertukaran jersi, logo dan warna rasmi pasukan bola sepak Melaka yang sebelum ini sinonim dengan warna hijau dan putih.

"Kami juga akan lihat kepada barisan kepimpinan persatuan. Saya akan adakan pertemuan dengan semua yang terlibat dengan bola sepak Melaka dan dapatkan maklum balas mereka dan kami akan pilih kepimpinan kukuh untuk memajukan bola sepak di negeri ini.

"Saya percaya dengan penjenamaan semula ini akan memperkasa pasukan 'Sang Kancil' ini menjadi antara pasukan pencabar utama Liga Super juga Piala Malaysia satu hari nanti," katanya.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mafa , Musa , Datuk Idris Haron

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan