Irfan Bakti Letak Jawatan Secara Mengejut

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Irfan Bakti Abu Salim
Irfan Bakti Abu Salim

PETALING JAYA: Pengurus merangkap ketua jurulatih skuad The Red Giants, Irfan Bakti Abu Salim membuat keputusan mengejut meletak jawatan, petang Rabu.

Keputusan mengejut itu dibuat selepas pasukan kendaliannya tewas 3-0 pada Sime Darby pada aksi Piala Malaysia Selasa lalu sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati para penyokong Selangor.

Biarpun masih mempunyai peluang untuk mencuba nasib mara ke suku akhir, namun Irfan tetap dengan keputusannya.

"Saya telah menyerahkan surat perletakan jawatan pada pukul 5 petang semalam (Rabu) selepas berbincang dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad.

"Saya yakin sudah tiba masanya saya pergi. Tewas kepada Sime Darby sesuatu yang amat mengecewakan.

"Pemain-pemain telah melakukan yang terbaik, namun ia tetap berlaku.

"Dua tahun saya berada di sini dan saya bukan sahaja gagal meraih sebarang trofi, malah gagal mengendalikan skuad ini dengan cemerlang.

"Ini adalah situasi normal dalam bola sepak. Jurulatih datang dan pergi," jelas Irfan.

Irfan mengambil tugas sebagai ketua jurulatih Red Giant daripada K.Devan pada 2011.

Posisi Irfan bakal digantikan oleh penolongnya P.Maniam untuk sementara waktu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan