Mourinho Beri Tempoh 48 Jam Kepada Rooney

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jose Mourinho
Jose Mourinho

PENGURUS Jose Mourinho memberi tempoh 48 jam kepada Wayne Rooney membuat pengakuan untuk tinggalkan Manchester United dan datang ke Chelsea.

Selepas perlawanan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan kedua-dua pasukan itu terikat seri tanpa jaringan, Mourinho tampil memberitahu agar pemain itu perlu 'menamatkan cerita' yang telah dimulakannya.

Chelsea sebelum ini telah membuat dua kali tawaran kepada penyerang England itu dan akan terus membuat tawaran ketiga sekiranya Rooney membuat pengakuan untuk berpindah.

Ketika perlawanan di Old Trafford itu, penyokong-penyokong United menyanyikan lagu dengan menyebut nama Rooney sepanjang perlawanan tersebut dan Mourinho merasakan pemian itu tidak berminat untuk melakukan langkah seterusnya.

Mourinho memberitahu Match of the Day: "Bukan kami yang memulakan cerita. Seseorang telah membuka cerita ini dan secara jelasnya berkata 'saya ingin pergi ke Chelsea, saya tidak mahu berada di Manchester United.

"Kami tidak 'gila' untuk mencari pemain terbaik yang gembira berada di kelab sendiri, tetapi saya rasakan dia perlu menyatakan 'saya mahu pindah' atau 'saya mahu kekal'.

"Seseorang yang memulakan cerita dan perlu tamatkannya. Saya mahu dia berada di situ jika dia mahu atau tinggalkan sahaja. Kelab seperti kami, pengurus seperti saya dan orang-orang yang bekerja dengan saya bukanlah bodoh.

"Kami mempunyai 24-48 jam untuk menyelesaikannya atau kami akan lupakan.

"Kami cuba dapatkan pemain dari kelab terkemuka dan mereka tidak mahu menjualnya.

"Kami tidak akan mencuba jika dia tidak mahu. Inilah masanya untuk membuat keputusan. Dia adalah pemain profesional, cuba untuk menang setiap perlawanan dan dia adalah seorang yang menakjubkan.

"Selebihnya dia perlu cakap sekiranya dia mahu tinggalkan kelab itu. Jika dia tidak mahu berbuat demikian, dia juga perlu meluahkan dan kami menghormati keputusan itu dan berhenti mencuba.

"Dia mempamerkan permainan yang baik dalam situasti yang sukar. Dia ada memberitahu seseorang yang rapat dengannya bahawa amat penting untuk dia pergi ke tempat lain.

"Sesetengah pemain yang berada dalam situasi seperti itu akan gagal mempamerkan aksi yang cemerlang, tetapi dia sebaliknya," jelas Mourinho panjang lebar.

Dalam pada itu, Mourinho dijangka akan mendapatkan pemain Anzhi Makhachkala, Samuel Eto'o sekiranya gagal mendapatkan Rooney.

Sementara itu, pengurus United, David Moyes mengesahkan masa depan Rooney bersama kelab ini dan memberi amaran kepada Mourinho berkenaan dengan kenyataan yang tidak dibenarkan.

"Itu adalah perbuatan salah dan dia tidak boleh berbuat demikian.

"Saya gembira dengan prestasi Rooney dan reaksi daripada semua penyokong. Ia sesuatu yang tidak dijangkakan.

"Apa yang boleh saya katakan, Rooney telah menjalani latihan yang baik dan dengan itu saya 'membayarnya' dengan masa bermain 60-70 minit.

"Dia mempunyai pemikiran yang positif dan itu tidak perlu diubah," jelasnya.

Moyes juga berpendapat, perlawanan ini adalah seimbang.

"Tiada siapa yang layak kalah dan menang. Bagi kami sebagai pasukan juara, saya berpuas hati dengan perlawanan pertama di laman sendiri. Kami banyak mencipta peluang untuk jaringkan gol.

"Ia adalah satu permainan yang sengit," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Wayne Rooney , Chelsea

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan