Gareth Bale Pecah Rekod Dunia Sebagai Pemain Bola Sepak Termahal

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Spurs setuju melepaskan Bale ke Real Madrid.
Spurs setuju melepaskan Bale ke Real Madrid.

PEMAIN antarabangsa Wales, Gareth Bale pada Isnin memecah rekod sebagai pemain termahal dunia apabila kelabnya Tottenham Hotspurs bersetuju menjualnya kepada Real Madrid dengan harga £86 juta.

Dengan perpindahan itu juga Bale turut menandantangani kontrak enam tahun dengan pembayaran gaji sebanyak £300,000 seminggu.

Akhbar the Daily Mail dalam laporan eksklusifnya menyebut bahawa Pengerusi Spurs, Daniel Levy menerima lamaran Madrid dan mengesahkannya dalam mesyuarat lembaga pengarah kelab itu pada malam Ahad.

Bale adalah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris tahun lalu.

Penjualannya kepada Madrid memecah rekod yang sebelum ini disandang oleh Cristiano Ronaldo apabila Manchester United menjualnya kepada kelab yang sama pada tahun 2009 pada harga £80 juta.

Levy kembali ke London selepas mengadakan rundingan di Madrid dengan ejen Bale, Jonathan Barnett yang turut dihadiri oleh Pengarah Bolasepak Spurs, Franco Baldini.

Bale, 24, dibeli oleh Spurs enam tahun lalu dari kelab Southampton dengan harga £7 juta dan menjualnya pada harga £86 juta adalah satu keuntungan yang berlipat kali ganda dan tidak akan ditolak oleh mana-mana kelab pun dalam dunia.

Real, yang akan bermain menentang Granada pada Isnin akan memperkenalkan Bale dalam satu majlis besar-besaran di Bernabeu pada Selasa.

Penjualan Bale kini membuka laluan kepada Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas untuk meneruskan pembelian pemain baru lagi selepas membelanjakan hampir £60 juta sepanjang musim panas ini untuk memperkukuhkan skuad mereka.

Antara pemain ternama yang telah dibelinya termasuklah pemain antarabangsa Sepanyol Roberto Soldado dari Valencia dan pemain antarabangsa Brazil, Paulinho.

Kini Levy akan meneruskan perbincangan dengan kelab Itali, Roma untuk mendapatkan penyerang sensasi Argentina, Erik Lamela, selepas Chelsea 'mencuri' pemain yang sepatutnya dibeli oleh mereka iaitu Willian pada harga £30 juta dua hari lalu.

Belum pernah lagi dalam sejarah kelab itu, mereka berbelanja sebegitu besar dalam satu musim dalam usaha untuk menempatkan diri di kalangan empat kelab terbaik dalam liga bagi melayakkan diri dalam Liga Juara-Juara Eropah.

10 PEMAIN TERMAHAL DUNIA:

1. GARETH BALE (Spurs ke Real Madrid, Ogos 2013) - £85.9 juta

2. CRISTIANO RONALDO (Man Utd ke Real, Jun 2009) - £80 juta

3. KAKA (AC Milan ke Real Madrid, Jun 2009) - £56.1 juta

4. EDINSON CAVANI (Napoli ke Paris SG, Julai 2013) - £55 juta

5. RADAMEL FALCAO (At Madrid ke Monaco, Mei 2013) - £51 juta

6. FERNANDO TORRES (Liverpool ke Chelsea, Jan 2011) - £50 juta

7. NEYMAR (Santos ke Barcelona Mei 2013) - £48.6 juta

8. ZINEDINE ZIDANE (Juventus ke Real, Julai 2001) - £45.6 juta

9. ZLATAN IBRAHIMOVIC + SAMUEL ETO'O (Inter Milan ke Barcelona Julai 2009) - £40 juta

10. HULK (Porto ke Zenit St Petersburg, Julai 2012) - £39.5 juta

Tags / Kata Kunci: Gareth Bale , Real Madrid , Wales

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan